27 February 2013

Selamat Hari Lahir yang ke 3 buat Adam Rayyan


Assalamualaikum wbt..

Hari ini 27.02.2013 maka genaplah umur Adam Rayyan 3 Tahun dan sudah  3 tahun jualah sahabatku encik hairul menjadi seorang bapa mithali


Aku masih ingat lagi 3 tahun lepas selepas Rayyan dilahirkan aku dan bapanya pergi ke pejabat pendaftaran negara untuk membuat surat beranak atau mykid. Masa tu aku masih lagi menjadi penganggur tegar di kampung halaman.

Adam Rayyan terpaksa di tahan di wad kerana ada masalah kesihatan dan Alhamdulillah beliau keluar setelah beberapa ketika. Sewaktu aku melihat wajah2 Adam Rayyan di telepon sahabatku mukanya mirip ke arah bapanya bermata sepet.. berketurunan banjar.. iras wajah ibu rayyan masih terdapat pada wajah Rayyan.

Adam Rayyan membesar di kampung kerana ibunya bekerja di hospital di pekan berhampiran. Sahabatku jua tinggal di kampung  untuk memudahkan urusan..

Ketika berumur hampir setahun barulah Adam Rayyan melihat aku. Hasrat untuk mengambil dan mendukung rayyan seperti kanak2 lain tidak kesampaian apabila beliau terus sahaja menangis melihat wajahku.. Aku fikir mungkin di kala kecil sahaja namun sehingga kini Rayyan masih berlari dan menyorok jika ternampak aku seperti melihat sosok sosok ghaib kata warga indonesia.. aku langsung tidak berkecil hati kerana aku tahu mukaku dan lagakgu mcm seorang pengganas apatah lagi dengan janggut n jambang menghiasi wajahku. sehingga ada sahaja org mengganggar umurku 40 tahun suatu ketika dahulu..

Masih teringat zaman kecilku, adikku yang muda setahun daripadaku mempunyai tarikh lahir yang hampir sama denganku. maka ibuku akan menyambut hari lahirku dan adikku serentak.. selalunya dihujung minggu. ibuku akan pulang ke kampung dan membeli kek yang besar dan lilin-lilin kecil untuk dihias atas permukaan kek.. gula-gula yang berpeket-peket dan dibungkus kecil2 untuk diberikan kepada kanak2 di kawasan kejirananku. Ibuku akan menjemput jiran2 yang berhampiran dengan rumahku.

opah dan ibuku akan memasak bihun atau mee goreng sebagai juadah untuk para  hadirin  yang hadir. Tidaklah ramai siap berkhemah2 hanya ibu2 dan anak kecil sahaja untuk meraikan hari lahir adikku dan aku..

Lilin2 di tegakkan diatas kek. diatas kek terdapat ucapan "selamat hari jadi Along dan Ain". bila semua lilin dah dinyalakan maka dgn riang gembira jiran2 dan ibuku akan menyanyikan lagu

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi along...

selamat hari jadi...

selesai menyanyi ibuku akan mengambil gambarku dan adikku dihadapan lilin. masih segar diingatan betapa gembiranya aku sambil tersenyum riang dihadapan kek.. hehehe.. Tapi topi2 xdela.. normal je.. suke2..

adegan meniup lilin akan diulang sebanyak dua kali. kali pertama giliran aku. selesai aku tiup, adikku pula akan tiup lilin tetapi sebatang lilin dah pun di cabut. ibuku mencabot lilin2 dan aku dan adikku akan same2 memegang pisau dan bergaya untuk memotong kek bersama-sama sambil ibuku menangkap gambar.. hanya itu sudah mencukupi aku amat gembira dapat memotong kek bersama adikku dan bersama opah dan ibuku..

 walau pun mase itu masih belum cukup mengerti apakah itu hari lahir.. seingat2 aku tiada hadiah untuk hari lahir. cuma kek dan gula2. namun aku tidak pernah merungut kerana aku agak malu kerana jiran2ku yang lain jarang2 sekali nk buat majlis sebegini untuk hari lahir.. rase2 aku memg tak penah pergi majlis hari jadi jiran2 aku. tapi taktau la plak kalau  aku memang tidak dijemput. hahahaa. tapi yelah citer ni zaman 90an ye..

cerita disekolah rendah pula agak berlainan. Jarang sambut majlis hari lahir di rumah.. tapi ibuku buat terus disekolah.. ibuku akan mengambil cuti dan pulang dikampung semata untuk menyambut hari lahirku disekolah.. ibuku akan berpakat dgn guru kelasku untuk menggunakan waktu rehat sebagai waktu menyambut hari lahirku.. kaedahnya sama.. gula2 yang banyak akan dipeketkan kecil2 dan di stapler dan diagih2kan kepada seluruh kelas..

 untungla sape yang sekelas dgn aku.. kek dapat gula2 pun dapat.. huhu.. dan kala ini terasa betapa hangatnya kasih ibu kepada anaknya.. memang benar ibuku tidak mempunyai masa yang banyak bersamaku kerana bekerja di bandar. namun ibu sanggup bersusah payah menyukakan aku di hari lahir ku terima kasih ibu.. SEmoga Allah melimpahi rahmahnya ke atas mu dan aku sentiasa mendoakan ibu baik baik selalu...

kisah menyambut hari lahir terhenti ketika aku bersekolah di asrama penuh kerajaan negeri.. jarak yang hampir2 300km membuatkan terlalu jauh buat ibu untuk menjengukku di sekolah apatah lagi di hari biasa.. namun setelah aku bersekolah harian berhampiran dgn kampungku. sekali lagi ibuku menghantar kek terus ke kelasku melalui adikku.. ya. ibuku tidak pernah sekali2 melupakan hari lahirku sehingga ke hari ini..  walaupun sudah menghampiri Spm dikala itu aku tidak segan dilakukan begitu kerana aku tahu ibu sayangkan aku. dan aku berbangga kerana ibu selalu ingat hari lahirku..

26 February 2013

kisah berkenalan dengan anak orang

Setelah berputus kasih dengan seorang bekas tunang yang dikasihi aku berhajat untuk menikahi sesiapa yang mahu untuk dinikahi.. Ujian berputus tunang adalah ujian terakhir yang besar dikala itu. Hari2 pun dgr lagu haddad Alwi. takpun sarah. time to say goodbye,, lagu ferrero roche.

memang perit bila cinta yang dibina terputus ditengah jalan. namun itu tak menjadi masalah kerna kutahu dan ramai orang menasihati aku yang Allah nk beri yang lebih baik dari itu. aku redho..

dalam pada itu seorg kawan di matrikku memberikan seorang calon guru kepadaku untuk berkenalan. seorg yatim piatu dan sedang belajar di tanjung malim dan tahun ini tunggu di posting untuk mengajar di kawasan dalan malaysia. Simple add kat fesbuk terus chat berkenalan. dia pun mudah didekati dan seorg yg sempoi n simple. tapi dalam fesbuk gambar jelas memg takde. namun pengalaman ngeri bersama seorg cikgu sebelum ini membuatkan aku mengorat separuh jalan. kerana selalunya orang yang menjadi guru hendak bekerja sampai pencen.. jarang aku dgr org yang jadi cikgu sanggup berhenti untuk tumpukan perhatian kepada rumah tangga.

maka aku menregisterkan diri di sebuah dua laman web cari jodoh. berkenalan dgn org2 yang aku x brape kenal di fesbuk termasukla seorang kenalan yang aku kenal melalui seorang kawan di sekolah menengah dahulu dan kebetulan sama-sama pernah belajar di matrikulasi.

dalam masa yang sama ade seorang dua yang berkenalan dgn ku mulai rajin berbalas sms. target ketika itu mahu mencari gadis2 biasa yang ingin berubah ke jalan yang lebih baik.

2 orang lingkungan 30 an berkenalan dgn ku waktu tu. seorang kenal di forum yang agak femes dan seorang lagi kenal di laman web cari jodoh.
ya.. aku tidak kisah mengenai umur kerana aku lebih muda dari mereka. bahkan muka ku sahaja org tidak menyangka yang aku ni berumur bawah 30 tahun.

si A adalah seorg wanita biasa dan mengakui dia memang jahil bab2 agama. sungguh.. aku selalu mengikuti perkembangan dia dan dia seorg yang amat melayan dan ramai lelaki yang dilayannya.. pernah juga aku terlintas untuk mengkhitbah si A. kerana selalu mesej aku dan selalu minta pendapat aku dan gayanya amat besungguh untuk memiliki aku. namun aku masih mencari yang lain.

Si B merupakan seorang ustazah sementara di sebuah sekolah di melaka. tinggal di kuala pilah. mempunyai 2 diploma dan satu ijazah dalam bidang agama. pernah aku bertanya untuk berkahwin dgn nya. maka jawapan nya mudah, kita beristikharah cinta terlebih dahulu dan aku bersetuju. cume ada satu perkara yang membuatkan aku tawar hati dgn si B ini. Fikrahnya tidak sama dengan aku. dan katanya selesai sahaja dia menamatkan ijazahnya di bidang sekarang dia mahu ke madinah untuk sambung pelajarannya dan meminta aku untuk ikut bersama ke madinah sebagai muhrim. kerana pada waktu ini dia tidak dapat menyambung pelajaran di Madinah kerana ketiadaan muhrim.

Makanya aku berkira2 agak sukar untuk keluar negara kerana namaku telah disenarai hitam untuk melepasi border pastilah mustahil. dalam pada aku beristikharah untuk si B. aku berkenalan pula dgn si C. seorang pekrja swasta di bandar seremban. ini pun biase2 juga. suka bergaya. berkenalan hanya di fesbuk. mesej pun skali skala dan tetap melayan spt da lame kenal. mungkin pernah belajar di tempat yang sama. dan malang bagiku kerana aku gagal mengingati si dia walaupun dia memg mengenali ku. bahkan pernah sahaja aku berdepan dgnnya di matrik dulu.

seperti biasa aku membelek2 foto fotonya.. manis orgnya. senyum lebar cerah juga. dia pernah bercerita dia mahu bekerja di tempat lain. mahu jadi setiausaha pun boleh. pernah juga aku bertanya kebolehannya tentang memasak. ya dia menjawab boleh je masak namun setiap masakan yang disebut diakhiri dgn tak sedap.. haha.. tersenyum aku sendirian.. merisiklah aku untuk mengetahui samada dia kepunyaan org ke bukan.. tidak sukar untuk mengetahui kerana aku terus bertanya direct tanpa selindung. Jawapan jujur telah diberikan beliau dgn secebis harapan semoga org yang beliau cintai kembali kepada beliau. begitu sedih tatkala menceritakan bagaimana dia dilupakan begitu sahaja.

Kesian juga. namun semua orang pun ade masalah seperti itu kasih tak berkesampaian.. setelah berbual lame (berminggu2). aku ingin saja mengambil number teleponnya. namun tak tertaip sehinggalah aku bertanya keadaan kawannya... haha sungguh tak masuk topik..

bersambung




25 February 2013

Kisah gout datang bertamu


Assalamualaikum wbt

Hari ini aku santai sahaja di kampung halaman. Berhasrat untuk bekerja di hulu klang hari ni. namum terbatal apabila selepas subuh kepala ku amat sakit dan selsema mula terasa.. maka aku meneruskan tidur hingga ke 1030 pagi..

Bangun dari tidur, kepalaku masih sakit seperti ada yang menekan.. kubiarkan lantas aku pergi ke rumah opahku yang jaraknya tak sampai 20 meter.. mebuka tudung saji..

"hmm ade ayam tomyam dgn ayam masak merah semalam yang masih belum habis.."

buka tudung saji yang kecil.. ade goreng sukun bertepung tanpa membuang masa aku membaham dan mengunyah dgn senang hati.. lapar agaknya kerana malam tadi dan pagi tadi hujan turun dgn lebat di kampungku..

sedang mengunyah aku melihat keluar rumah.. hujan turun lagi kalini dengan lebih lebat lagi... aku pergi ke pintu dapur dan menjenguk ke luar aku melihat opahku masih lagi memotong bunga pagar dgn gunting pasar lambak.. gunting khas potong sayur dan potong bunga2an agaknya.. sedang hujan semakin lebat opahku masih lagi memotong bunga pagar di halaman rumah.. terdetik dalam hat iku.. opah aku ni sedar ke tak sedar...

Lalu ku menjerit. "opah... hujan ni.. nanti demam pah".. opahku ku berpaling dan segera meninggalkan bunga pagar, segera menuju kearahku.. dalam laluan dia ke arahku sempat lagi memotong buga disebelahnya.. tanpa menghiraukan hujan yang semakin melebat..

Opahku melihat ku dan bertanya.. " dah makan ke? nasik da masak.. ade goreng keledek bawah sangei tu.. "..

aku cuma ketawa.. " Keledek? ingatkan sukun... heheh."

"opah beli mase kat pasar tadi dua bijik sedap sgt...ade gula sepiring kat sebelah dier cicahla.." opahku menambah.

" hmm memang sedap.. tapi nafsuku terarah kepada nasik dan ayam tomyam.. entah kenapa sehingga ke hari ini aku benar2 belum muak dgn ayam lagi..

mungkin kerana waktu kecilku untuk makan ayam hanya seminggu sekali dan hanya pada hari sabtu mungkin.. aku bukan dari keluarga yang senang. hari2 pun makan ikan goreng dgn kicap.. jika ada masakan berlaukkan ayam sepertinya satu rahmat bgku.. aku suka bahagian dada kerana isi lebih dan kurang lemak.. huhu. sempat nk memilih.. namun aku pernah nyaris terkena tanda2 awal gout..

sakit yang amat sangat hampir2 sahaja tidak mampu berjalan. sendi di bahagian ibu jari kaki ku amat sakit seperti dihempap sesuatu yang sgt berat.. pertama kali terasa benar sakitnya sewaktu di kelantan ketika melawat seorg rakan disana. sewaktu pulang dari rumahnya dah mula rasa sakit dan destinasi aku selepas itu ke penang untu bercuti di batu feringgi.. melepaskan rindu pada penang.. tempat bermain dan berlari ketika menuntut di sebuah pusat pengajian disana suatu ketika dahulu..

 sampai sahaja di penang kaki ku mula terasa sgt sakit sampai aku rase nk potong ibu jari yang satu ni.. sebelah lagi pun da mula rase2 sengal tapi tak macm di sebelah kiri. sgt2 sakit.. sampai di stesen bas nibong tebal aku menelefon seorg sahabatku yang kenetulan masih berada di penang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

tujuan aku menelefon adalah untuk meminjam motornya untuk sehari dua ini untuk berjalan mengelilingi penang. Alhamdulillah dia sampai lebih kurg jam duabelas malam.. kesakitan yang tak tertanggung lagi.. aku terus saja ke hospital besar untuk mendapatkan rawatan.. doktok memberitahu mungkin nk kene gout ni.. sakit sendi.. kene kurangkan makanan yang berkolestrol tinggi..

Ya ketika itu berat badanku hampir sahaja 120kilogram. sejak 7 hingga 8 bulan yang lalu hari2 aku makan ayam .. makan tghari makan malam.. untunglah ada mak yang tolong masakkan.. dgn status penganggur tegar dikala itu. hari2 pun menghadap komputer tanpa senaman. tanpa bersukan. mukaku bulat perutku besar saiz seluar sahaja sudah 42inci. Ynag tak boleh blah pakai stokin kene duduk klu berdiri memang sangku perut.. baygkan kegemukan time tu.. huhu.

maka tak hairanlah klu gout ni cube nk singgah pada aku..

setelah mendapatkan ubat sakit saraf aku terus telan 4-5 bijik masa tu jugak.. waktu yang agak lama untuk ubat itu memberi kesan.. sejam hingga sejam setengah jugakla.. hanya kebas di tempat sakit.. pergh ok sgt.. boleh jalan dan menggerakkan ibu jari klu dak kompom tak leh..

keluar dari seital aku terus g chek in kat rumah tumpangan kat batu uban.. terus tidur. rehatkan badan kerna esok aku nk mengelilingi penang..

selesai bercuti di penang aku pulang ke kapar.(keluargaku masih di sini). mase kat umah ni ubat dah habis.. makanya terpaksa pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat saraf.. aku masih lagi makan ayam wlupun dokter melarang.

sepertinya ibuku tahu yang aku mengalami sakit saraf ini lalu dia memaggil bapa angkatnya. seorang pengamal perubatan islam datang kerumah.

ringkas dan mudah .. ituu je mampu aku katakan.. hanya menjampi segelas air dgn menyebut kalimah Allah dan menyuruh aku minum suku gelas dan bakinya dijirus tempat yang sakit... pada keesokan harinya tiada lagi sakit yang tinggal.. kakiku kembali normal seperti tiada sakit atau senagl2.. Alhamdulillah.. sehingga kini kaki takpenah berasa sakit.. dan aku xputus2 jua makan ayam.. hahahaha...

tapi berat badan ku da berkurang sgt.. 100kg lebih kurang sekarang ni. kerana kegemukan yang melanda aku paksakan di aku bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh kasar.. bekrjalah aku bersama indon dan bangla demi mencari sesuap nasik.. sehngga berat ku hampir mencapai 90kg ketika itu.. malangnya pojek da siap aku mula berjinak dgn syarikat perkhidmatan keselamtan cctv yang beroperasi di sebelah KLCC. wisma sentral..

bersambung di lain hari


20 February 2013

Kisah dihempap durian


Disuatu ketika hatiku hiba
harapanku musnah di telan masa
kau datang dengan senyuman
menarikku pantas kembali ke jalan

disuatu ketika tanganku berdarah
dihempap durian yang tidak bermata
kau datang sambil tersenyum
mengubati tangan yang semakin berdarah
dengan penuh kasih sayang kau basuh lukaku
aku merintih tak tertahan

kesakitan yang tak mampu aku tanggung
kau masih tersenyum menghembus luka ku
ajaibnya ku rasa sakitku berkurang
hanya pedih bisa terasa hingga ke tulang
tanganku bertukar menjadi biru
darah masih mengalir
mataku bengkak akibat menangis terlalu lama
hingga aku tidak sedar bila masanya aku tertidur
lena diulit mimpi di henang petang yang berangin

__________________________________________

pulang dari sekolah tadika yang tidak jauh dari sekolah.. aku pulang bersama adikku yang muda setahun dariku

dari sekolah aku merentasi halaman rumah orang kampung bersama beberapa org teman iaitu anak cikgu sekolah tadikaku

selepas sampai dibelakang rumah orang aku dan adikku merentasi sedikit belukar dibelakang rumah orang.. ya. jalan raya memang sudah dibina di tanah rancangan.. cuma aku lebih gemar mengambil jalan pintas kerna seronok beradventure dan tentunya redup lalu di bawah pokok2

sampai dikawasan belukar di belakang rumahku ade anak sungai yang perlu dilintas dgn batang kelapa aku meniti sambil diikuti adikku. buat pengetahuan adikku seorang kanak2 perempuan yang comel. cume matanya lebih galak dari aku.. mengikut sahaja aku dari belakang..

sebelum sampai kerumah aku akan melintasi dusun kecil dibelakang rumahku,
pokok manggis
pokok cempedak
pokok langsat
pokok rambutan
pokok durian
pokok kelapa
pokok koko
pokok pisang
pokok betik
pokok nam nam

Opahku rajen menanam pokok pokok dibelakang rumah.. tetapi pokok durianlah yang paling mendominasi kawsan dibelakang rumahku..

agak seram bila melintasi kawasan bawah pokok durian ni.. tapi aku yakin walaupun beratus2 buah durian diatas kepala namun tak mudah untuk durian gugur tanpa angin yang kuat.

Begitulah fikiranku pada masa kecilku..

dengan riang gembira aku melintasi kawasan bawah pokok durian.. sampai sahaja dirumah, selesai menukar pakaian dan mencampak beg sekolah di suatu sudut aku dan adikku keluar ber main di halaman rumah sambil menunggu Opahku pulang dari kebun getah..

Pada tengahari sampailah Opahku dari kebun, tukar pakaian dan memasak untuk juadah tengahari itu..

selesai makan Opahku bersolat zuhur.. selesai solat zuhur Opahku mengajak aku ke kawasan belakang rumah untuk menikmati durian yang telah gugur. dgn parang pendek yang berusia berbelas tahun aku memfolo oOpahku dari belakang.. adikku sudah tertidur kekenyangan dgn teddy bear oren pemberian makcikku... aku yang masih kekenyangan masih bernafsu untuk menikmati durian dibawah poko durian.

tanpa membuang masa Opah dan aku terus mengambil port terbuka dibawah pokok durian sambil membelah durian pertama..

Alhamdulillah selesai durian pertama.. berjaya dihabiskan aku dan Opah dalam masa yang singkat
buah kedua dibelah... hurmm laju je aku makan durian.. sedikit cerita mengenai pokok durian ini dalam kawasan blok tanah rancangan ni. pokok ni antara yang terbesar dan tertua. jadi buah setiap kali musim memang banyak. tak termakan siap ade peraih datang ambil durian setiap petang atau pagi untuk dijual di pekan slim atau tepi jalan besar di luar kampung..

Aku tak tahu macam mana tapi setiap detik sebelum aku dihempap durian masih segar sehingga kini.. aku memamah ulas yang ketujuh dgn lahap sehingga bijik pun nampak licin je da boleh jadi cermin pun.. dengan bangga aku pun menunjukkan ulas yang aku makan tadi kepada Opah yang duduk berhadapan dgn ku...

tanpa amaran tanpa angin tanpa bunyi tiba-tiba sebiji durian telah mendarat dengan jayanya di antara telunjuk dan ibu jari..(ya bayangkan korang pegang bijik durian sambil menunjuk kearah org yang dihadapan korang.. hmm tangan aku mengiring la jugak) perghhhhhhh...

aku terlalu terkejut dan terpaku untuk beberapa saat.. durian jatuh betul2 antara aku dan Opahku.. malang tidak berbau.. diantara Opahku dan aku hanya ade tangan aku sambil memegang bijik durian yang licin. dan bijik durian pun terjatuh ke tanah bersama durian yang baru gugur tadi...

Beberapa saat kemudian barulah sakit menjalar hingga ke siku... Menjerit aku tanpa dipaksa. meraung macam ornag gila...

Dengan pantas Opahku membawa aku yang sedang teresak menangis ke rumah di sapukankan ubat gamat dan membalut tangan aku dengan perca kain berwarna ungu. ya warna ungu aku masih ingat. kain licin dari ebihan baju kurung adikku..

sebelum tangan ku dibalut aku sudah melihat tanganku kebiruan urat2 jelas timbul. darah tidak henti2 menitis..

sakitnye.. Ya Allah.... Allah je yang tahu...

aku tertidur.. dekat seminggu baru sembuh.. fuhhh

namun setiap kali aku memandang tanganku masih terdapat parut durian ditangan. walaupun tidak ketara namun masih terpahat memori ini..

 Memori durian jatuh diatas tangan namun itu tidak mematahkan semangat aku untuk menjadi hantu durian hingga ke hari ini... hehehe

sekian dulu


11 February 2013

kisah sekolah menengah 2

Seminggu pertama di sekolah asrama penuh adalah minggu yang menyayat hati.. segalanya kene berdikari.. lebih susah dari makn megi kari..  katil kemas sendiri.. baju basuh sendiri.. segalanya sendiri.. bila ber asrama ade prep class. kelas ulangkaji.. selalunye kelas ulangkaji nilah yang digunakan sebaiknya untuk menyiapkan latihan yang cikgu beri atau mengulangkaji perkara yang lepas mahupun yang akan dipelajari di waktu akan datang...

waktu2 prep nila korang akan dapat lihat mane student yang rajin atau student yang kaki mengopi atau kaki tidur.. sekolah ni sumer student lelaki kecuali student tingkatan 6.. so sume lelaki byk yang tidur la waktu prep.. tak kire prep malam atau prep petang. tapi ade waktu2 yang memang xleh tido.. pasal warden akan wat spotcheck. pergi ke kelas2 dari F5 hgga F1 check sape yang takde.. klu siang susah gak nk kantoi.. klu malam hmm.. kadang2 aku pun hilang.. hehehe..

Waktu prep nila yang mane sukekan lagu maka menghafal lagu2 yang menjadi siulan diseantereo malaya.. Lagu2 tahun 1998-2000 yang ngetop pasti yang menjadi nyanyian... masih ingat lagi sewaktu aku sedang membasuh baju dengan riang gembira sambil menyanyi lagu spring..

"kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu... dan tiba2 kita jatuh cinta....." setel je lagu tu aku nyanyi sambil basuh baju... tanpa aku sedari seorang ketua pelajar ketua umum pulak tu... sedang berdiri di belakangku sambil tersengih..

"sedap suara anta.. besok ana nak anta mengaji sebelom subuh di musolla dan azan subuh sekali ya? kalau tak de ana nak denda anta lebih teruk lagi"....

aku hanya tertunduk sambil menjeling kpd kawanku kerana tak bgtau kedatangan ketua pelajar tadi..

alamak baru semniggu dok asrama dah kene azan pulak... tu ok lagi mengaji tu yang tak tahan tu...

dahla time tu mengaji tak berapa fasih.. tajwid memang tunggang langgang.. kalau gemuruh tu tak payah nak citerla...

Jadi malam tu aku terkebil2 mengenangkan hari esok bakal menjadi muazin di surau.. pelajar tingkatan satu yang pertama menjadi muazzin.. dalam hati aku hanya Allah je tau kecuakan yang aku hadapi... ntah mcmn aku terlena sampaila waktu shut kawan aku kejutkan.. abis sahur aku pun mulakan mengaji di musolla dengan menggunakan microphone.. berkumandanglah suara aku di segenap pelosok sekolah.. Bacaan? xpayah citerla terangkak2... sampai ade seorang senior dibelakangku menyemak bacaanku... sering aku melihat jam.. seminit rase mcm seminggu woo..  dasat sungguh...

tiba-tiba belakang ku ditepuk menandakan waktu subuh sudah masuk. menghabiskan bacaan dan aku menutup Al quran dan berdiri ke bilik azan dan dgn kompidennye aku melaungkan azan di sekolah....

Alhamdulillah semuanya selesai dan itulah kali pertama aku melaungkan azan disebabkan seronok menyanyi lagu spring 15 tahun yang lalu...  natijahnya aku jarang menyanyi sekuat hati sepanjang tahun itu.. nyanyi sikit2 sudah....

10 February 2013

Kegagalan membayar hutang PTPTN


Aku Pernah terbace beberapa status update dari kenalan yang mengeluh kerana tidak dapat kebenaran dari pihak Imegresen untuk mengecop passport untuk keluar negara.

termasuklah sidia yang mempunyai status yang same. mengomel tak sudah2 di laman social..
tapi lepas beberapa minggu atau bulan aku sudah melihat belaiu keluar negara dan ini menunjukkan beliau sudah berjaya membayar hutang PTPTN beliau.

Jadi untuk menjawab curiosity aku pun menghantar pesanan kepada beliau menanyakan bagaimana beliau menyelesaikan hutang ptptn . Samaada belaiu membayar habis ataupun menggunakan kaedah yang jarang kita dengar atau kaedah yang membelakangi peraturan..

Dengan panjang lebar beliau menerangkan... pergi ke pejabat PTPTN beliau digesa menggunakan akaun 2 KWSP untuk melangsaikan amaun yang sepatutnya dibayar.. lingkugan 25-30 percent jugaklah untuk keluar dari senarai hitam..

jadi ke kwsp dan kwsp bayar terus ke PTPTN dan malangnya jumlah masih tidak mencukupi. jadi dengan simpanan sendiri yang ade beliau menjelasakan hutang untuk keluar negara.

dengan agreement untuk standing instuction dari bank untuk bayaran bulanan maka dgn senag hati beliau terkeluar dari senarai hitan dan bebas keluar negara...

jadi kepada peminjam PTPTN tu bolehla wat step yang same gak klu nak keluar dari blacklist. huhu..

09 February 2013

[TUTORIAL] Memantau CCTV melalui Internet dan Smartphone


ok. aku nk kongsi wat seting internet untuk dvr cctv. ala yang boleh tgk live view gune laptop atau smart phone ni.. mungkin ade yang da tau atau ade yang belom tahu.. kat sini aku bincangkan secara basic n regular ape yang aku buat bile pegi setting internet untuk DVR pelanggan.

so mcm biase devices yang wajib ada dan kompom terlibat..

DVR utk cctv
MOdem (biasa atau unifi)
PC atau Laptop (nak setting)
browser yang disarankan adalah Internet Explorer
mana2 smart phone yang ade internet atau wifi


Setting untuk view from LAN network

ON PC/LAP TOP > RUN > CMD > ENTER> TAIP IPCONFIG then enter > SALIN default gateway
cth:
streamyx 192.168.1.1
unifi 192.168.0.1

igt default gateway ni

setting kat DVR plak

-DVR SETTING
-MENU > NETWORK > IP ADDRESS > Masukkan ip address 192.168.1.111
masukkan default gatewat 192.168.1.1
jangan lupa untuk save plak...


-balik pada pc/laptop. open browser IE pastu kat address bar taip 192.168.1.111 untuk view dvr melalui

konsep dia same mcm nak view modem page jugak.. klu modem 192.168.1.1(streamyx) atau 192.168.0.1(unifi)


pada browser tu akan ada install active x untuk DVR ni.. so install je sume.. xde masalah..

SMARTPHONE

utk smartphone plak ade apps tersendiri utk DVR kadang2 (sila tanya vendor anda)

klu yang biase2 punye Eagle cctv boleh.

takpun cari mane2 applikasi yang boleh view cctv

TAPI mcm biase konsep still same gak..

add device> pastu boh ip address 192.168.1.111> default gateway 192.168.1.1 masuk detail untuk username dgn passwed.

#mungkin ada kesukaran skit masa setting kat Phone klu yang xbiase.
ok. selesai..


Setting untuk internet viewing...


buka akaun percuma di www.dlinkddns.com
bila da buka akaun sila add host anda.. cth amincctv maka host akan jadi >amin cctv.dlinkddns.com

bila add host anda diminta untuk masukkan ip adress dalam setting
masukkan 192.168.1.111

*verification akan dihantar ke Email anda dan anda wajib klik verification link untuk log masuk ke akaun dlinkddns
(hanya satu email dibenarkan untuk satu akaun)

sila salin username dengan password anda. akan digunakan dalam modem atau dvr


langkah memport forwardkan ip adress on
buka modem page
192.168.1.1(streamyx) atau 192.168.0.1(unifi) di IE atau mane2 browser
cari bahagian yang ade kaitan dgn port forward..
masukkan ip adress dvr 192.168.1.111
(sila semak senarai port dalam bahagian network dalam DVR anda. sila forwardkan semua port yang ada dalam DVR anda)

enable DDNS
selesai port forward.
pergi ke bahagian DDNS dan enablekan untuk fungsi ini

untuk ddns anda akan dikehendaki memasukkan
hostname: amincctv.dlinkddns.com
username:amincctv
password:********

klu unifi ade button test. sila klik button tu untuk test akaun > berjaya akan terpapar update successfully.

jgn lupe save sumer perkara yang anda buat di atas...

klu kat smartphone sila add device > masukkan hostname anda. username n paswed skali..

dah selesai setting kat modem anda.. boleh open IE dan masukkan hostname di address bar. anda akan dibawa ke DVR page (sama macam LAN network viewing).

slalunya akan ada display untuk username dan passwed untuk DVR.


*maaf gambar2 untuk tutorial akan di update jugak.. so klu ada yang xberapa clear sila bersabar..huhu
########################################

ni adalah penerangan ringkas dan akan di update dari masa ke masa. Sekiranya ada penambahan dan pertanyaan boleh post reply.. aku akan cube jawab sepantas mungkin.
nk tye kat FB FB/buberin
henpon 0173411366
pm pon boleh..
_______________

kisah aku dan kereta 2


so bila dia sampai umah dia bgtau yang kete ok tapi tak mcm dulu..
so aku pun pegi la tgk kete adek aku ni..kaler tetap hitam sebab yang putih tu salah info. yang calar dah dibaiki.

tapi yang sedihnye...
sport rim takde
taya spre xde
roadtax xde
bumper tukar 
beteri tukar
lampu kabbus pun hilang
lapik kaki lantai kat floor pun xde

perghh berat lagi dugaan aku upenye...


tambahn lagi. buku servis kete adekaku dgn geran dia pun hilang.

menurut kawan aku ni kete tu dah dijual kepada somebody kat semenyih dgn harga 3 ribu hengget je. pembeli plak dah kawen siap ade anak sorang dalam dajah 2. member aku citer mase dia g amik keteni berlapan dgn kawan2 dia, sempat bagi penumbuk sebijik je kat owner baru. sebab nak marah dia pon tak boleh sebab bukan dia yang rompak kete ni.

so taknk citer panjang citer ni tak di repot kemane mane2 pihak mahupun polis..

jadi dalam mgu tu awal bulan hari jumaat aku pergi bawak kete adek aku sebab nk g buat geran dgn roadtax kereta myvi dia ni..
so g JPJ shah alam. dah pegi time nak buat geran gantian adik boleh lupe plak yang kad pengenalan dia` ade dgn suami dia.. suami dia plak bekerja time tu.

so nak taknak kenela pospon hari isnin.. jadi aku pun bertukar balik kete persona aku dgn myvi sebab takkan aku nk bawak kete takde rodtax dahla bukan name aku. jadi aku pesan kat adek aku kita tukar 3 hari je isnin akuu bg balik persona kat dia...


aku pun bawak balik persona aku malam tu g jupe membe aku sembang2 dalam kol 3 pagi baru balik... time nak masok rumah aku nampak kawan aku ni baru kuar dan aku sempat tye dia ko nk g mane?
nak jumpe kawan katenye... time tu 3 pagi

area umah aku ni wlupun teres tapi kete park secara beramai2 di kawaan lapang... jadiaku masuk umah dan tidur...

sok pagi aku bgn.. aku plan nk g satu tempat nila (rahsia). aku bgn dgn hati yang riang tetibe tersentap bile aku tgk kete aku takde kat tempat parking dier... perhhhh.. ting ting ting.. hilang pulak dah....

aku da mula syak ni mesti keje kawan aku ni.. tapi takpe mungkin bukan keje dia .. kunci masih ade kat tgn aku.. aku pun start van aku terus g balai wat repot. da amik repot aku g sri petaling memohon petunjuk dan Limpah kurniaNya untu membantu aku selesaikan perkara ni...

balik sri petaling aku jupe plet kete dah patah2 dalam beg dia

kunci spare kete aku yang hilang bersama myvi ade dalam beg dia

menggigil aku kemarahan dan bingung juagk. so aku kol polis tye nk watpe
polis bgtau amik gambo then biarkan beg tu. patu g balai update repot

aku jupe pegawai atasan dan bg sume maklumat tentang membe aku n konco2nye. jadi 4 5 hari aku jadi huru hara ape yang aku pikir mcmn nak tamatkan riwayat si pengkhianat ni.. 

macam2 care beb.. gilo aku sekejap

aku tak boleh tahan lagi aku terus kontek family dier citer sume detail. mak ayah dia pun tak sangka jd sampai mcm ni skali.. hadoi tol. membe aku bi ade balik umah tapi sepatah haram tak bercakap dgn aku.. aku pun wat rilex jela.

aku pikir ni sume duggan Allah. di atak duduk lame dgn aku dok sekejap bungkus kain baju terus blah... 

aku pun pikir takpela dia masih tak tahu yang aku tahu dia merembat kete aku...

aku dan kereta 1


Aku bukan nak raih simpati mahupun pujian dalam hal ini dan segala cerita ni adalah untuk pengajaran untuk kita semua.

pada April hingga pertengahan Mei lalu aku outstation. Jadi aku tak bawak kereta dan kereta aku tinggalkan dgn seorang kawan aku ni. untuk memudahkan dia kesana kesini untuk hal2 bisnes. FYI dia ni rakan kongsi dalam bisnes jugakla. tapi kete dgn van dia masuk bengkel xkluar2 lagi..


cerita bermula apabila aku balik dan aku dapat tahu kereta da hilang. bukan dia yang hilangka tapi kawan dia. dia cerita yang kawan dia pinjam sebab terdesak. mengikut cerita dia kawan dia disamun pukul 6 pagi sewaktu tertidur didalam kereta. 


dia jugak bgtau aku yang kawan dia da buat repot polis. jadi aku pertikaikan kenapa dia repot polis? kenapa bukan owner kereta sendiri..


dia terdiam.. tapi aku percaya kawan2 punye pasal jadi aku pun kate takpelah ni mungkin dugaan buat aku.. lagipun yang hilang tu kereta adek aku.. ape aku nk jawab dgn adek aku ni..


untuk pengetahuan jugak kereta yang hilang adalah kereta adek aku.. aku bertukar kereta dgn adek aku ni.. sebab kete aku auto senang dia nk pakai dia mengandong time tue.. 


jadi kawan aku kate polis nk geran potostat.. 

nak jadi citer rupenye adek aku memg letak geran dalam kereta dia..
geran pun hilang

jadi kawan aku ni yakinkan aku kete tu boleh jumpe balik sebab dia ade kaki2 reposition kete ni.. jadi ape yang dia mintak dekat aku kunci spare kereta adik aku ni


aku pun yakin dgn Allah yang kawan aku ni boleh dapatkan balik kete aku ni.


sebab bila aku tye dia ade harapan ke nak dapat balik kete adek aku ni/

dgn kompiden dia jawab... boleh dapat bro..tunggu mase je
aku pun mula dah syak sesuatu yang kurang enak. 

selepas 3 4 hari ade satu info masuk fon dia.. dia bgtau yang kete adek aku dah ditukar kaler dan bodykit.. jadi warna putih..


aku masih tak puas hati lagi kenapa dapat tau je nape tak pegi rembat terus. yelah kete kite takkan nak dibiarkan je.. jadi kawan aku bilang yang tak boleh buat mcmtu sebab kita tak tau sape yang pakai kete tu..


kalau2 geng2 bersenjata naye pulak.. jadi esoknye aku pergi amik kunci spare kat adek aku dan amik no engine dgn chasis kt dalam covernote insuran untuk kawan aku ni. so aku bg dia yang mane dia tgh tido time tu

dia kate jap gi dia g hantar kat kawan dia..

aku tungu punye tunggu dia boleh rilex je cakap kawan diaxboleh nk jupe ade hal lain.. aku pun ok takpela..



jadi yang hilang tetap hilang yang keje depan mate tetap di teruskan...

selepas seminggu aku nga wat job seame dia dia dapat kol yang kete adik aku dalam perhatian so kene cepat balik...

so kmas2 barang dan kami pon balik.. dia hantar aku balik rumah dan sempat aku cakap kt dia biar aku ikut skali..


dia dgn pantas cakap yang nanti xmuat kete sebab dia nk pegi nek kete org lain... 


so mlm tu aku tunggula kat rumah... dalam kol 3pagi mcm tu kawan aku kol kate yang stereng dalam gengaman dia. aku pun punyelah bersyukur tak henti2 dan membayangkan mcmn rupekete adik aku ni... 

08 February 2013

di suatu masa


Ada di suatu ketika aku ingin sahaja mengunfriend kawan yang tidak aku kenali di fesbuk..

Satu demi satu aku mendelete jika tiada langsung aku kenal aku tiada kaitan atau langsung tiada mutual frend. yang mane ade mutual fren aku kan melihat gambar fotonya supaya aku mudah mengenali.. jika aku kenal maka aku teruskan menyimpan. jika tidak kenal maka denag senang hati aku menghantar pesanan yang mengandungi pesanan ringkas..

"aku kenal kau ke atau kau kenal aku.,"

Jadi ade seorang gadis ini membalas pesananku dgn berkata ya saya kenal anda.. menurutnya lagi dia sebilik dgn rakan sekolah ku di matrik, dan kawannya sekuliah bersama aku dimatrik dan rakan kelas sekolah menengahku adalah kawan karib dia..

hamboi sume kawan aku dia kenal termasuk aku.. dimatrik dia mengenaliku tanpa aku mengenalinya.. bukan bermaksud dia meminati ku tapi lebih kepada kawan dia adalah kawan ku.

menurut ceritanya sewaktu kawnku bertemu aku dgn bercerita tentang masalahnya aku dan si dia pernah duduk semeja dan sungguh aku tak perasan dia.. haha..

hmm mungkin sebab aku suka melihat wanita2 cantik di kolej langsung tidak memandang mana2 wanita yang biasa2.. Almaklumlah waktu remajaku agak hensem dari biasa. kuang3..

CNY tahun baru cina

harini aku melihat status kawan ramai yang mengeluh kerana kesesakan lalu lintas yang diakibatkan warga kota sibuk untuk pulang kekampung halaman.. cuti 3 hari tu der.. bukan sikit2..

aku masih berada di kuala lumpur.. kerana lawatan tapak siang tadi terpaksa ditunda kerana hujan lebat yang melanda dikuala lumpur..

Tuan rumah dah kompomkan esok tghari bru boleh nak melawat site kat umah dier. Syukurla boleh wat wiring letrik.. rumah yang dibeli sedang dalam pengubahsuaian.. jadi kawan aku telah merekemen.

dan baru sahaja seorang hamba Allah menelifon untuk membantu beliau menyetting internet untuk cctv viewving mll laptop dan kamera.. Hamba Allah ni sedang bersiap siaga untuk pulang ke kampung halaman di klang. makanya dia nak melihat cctv kedainya yang berada digombak.. huhu

dalam sibuk menyetting sempat dia memberi tahu tol gombak arah timur jem sampapi ke batu caves.. subhanallah.. mujurlah aku di kuala lumpur pulang kekampung waktu bukan cuti. huhu. kepada yang ingin pulang kekampung sila memandu dengan berhati2 dan ingat kepada orang yang tersayang sila baca doa naik kenderaan ..

kisah di sekolah rendah 1

Selesai sahaja sekolah tadika.. aku dimasukkan ke sekolah rendah dikampung.. memasuki kelas 1 Melati seronok ketika itu kerana aku kenal ramai diantara kawan2 ku kerana mereka bersekolah tadika bersama2 ku setahun yang lepas.. ditempatkan di tengah2 kelas aku berkenalan dengan seornag sahabat baru..

Abdul Rahim.. begitulah namanya yang aku remember sampai sekarang... hahaha baru seminggu lepas aku bertemu Rahim berniaga di pasar tani membantu orang tua beliau berniaga sayur. Alhamdulillah dia semakin sihat.. duduk di kampung boleh berehat2 sambil melihat orang tua. berbakti pada orang tua.. taklama lagi dia akan mengetake over bisnes ayahnya.. untuk berkhidmat untuk org kampung membekal sayur2 sayuran yang segar setiap hari.. Semoga Allah memberkati beliau.. mudah mudahan..

bali kepada cite dalam kelas tadik.. guru kelas pun masuk.. Name beliau puan rahmah.. baru je bernikah.. cantik sungguh ciku rahmah waktu itu.. yela zaman muda.. aku suka melihat cikgu ku tersenyum untuk mengurangkan rinduku pada ibu..  Cikgu memanggil seorang demi seorang untuk memperkenalkan diri.. tiba sahaje giliran aku.. aku menjadi cuak bukan kepalang.. huhu.

"ok. beritahu kelas ape name kamu. siap name ayah dan ibu dan cita2 bila dah besar nanti" kata Cikgu Rahmah


Dengan selamber aku meberitahu kelasku..

"Saya Along, nama ayah saya Omar, mak saya Bedah (name samaran)".

ketika itu cikgu memelukku dan berkata. "nama penuhlah sayang itu name pangggilan.. " lembut cikgu menegurku..

aku masih terdiam menunduk ke lantai...

lalu cikgu pun memberi tahu nama kamu XXXXXX.. hehe rahsier jugakla.. nanti2 kawe gitaula..

baru aku tersenuyum memperlihat gigi susuku yang tersusun rapi...



sebuah kisah di sekolah menengah 1

Selesai tamat tahun enam disebuah sekolah rendah dikampung ku. aku mendapat tawaran belajar di beberapa sekolah berasrama penuh. MRSM grik, STAR, dan izzuddin shah ipoh, maka waktu itu aku sgt menyukai agama sebagai perkara untuk aku belajar.

jadi ibuku mahupun opahku membiarkan aku untuk membuat keputusan dimana hendak ku sambung belajar..

jadi aku memilih sekolah izzuddin shah untuk aku mencari ilmu akhirat dan dunia.. tepat 7 januari aku mendaftarkan diri di sekolah itu dgn ibu dan bpak tiri aku. waktu tu mak aku bekerja sebagai operator pengeluaran di port klang. sebagai operator sebuah kilang jepun yang dah lame bertapak dimalaysia.. ibuku berhijrah ke port klang sewaktu ku masih kecil. aku ditinggalkan besama adikku dan opahku...

dalam waktu itu opah aku berusaha membesarkan ku dan ibu hanya pulang sebulan sekali atau 2 kali untuk menjenguk aku dan adek untuk mengirim wang kepada opahku

opahku menoreh getah untuk menyara hidup waktu itu.. harga getah pun murah. tapi kos sara hidup pun murah jugak..

jadi bila sudah mendaftar aku ditempatkan di kelas 3 ibnu khaldun. jumlah pelajar berdaftar lebih kurang 120 untuk 4 kelas maka satu kelas dalam 40 orang. jadi asrama pun mcm tu jugak. satu bilik atau dorm ade 40  org dorm yang sgt luas.. sesiapa yang biasa dgn sekolah izzudin atau sekolah tunku abdul rahman taulah dorm mcmn.. hehe

bersambung pulak dah...



Januari telah berlalu

Kini munculnya Februari..

Alhamdulillah.. dengan limpah dan kurnianya aku telah mengkhitbah seorang wanita yang berasal dari negeri sembilan pada disember lepas.

tiada kisah cinta yang sadis atau dugaan datang menggoncang cinta kemudian kembali tenang dan datang pula ujian datang menghempas kemudian ok and so on macam citer2 indon mahupun sepanyol hatta venuezela sekali pun..

makanya.. 3 Februari lalu berlangsunglah majlis ringkas pertunangan antara aku dan dia..