Showing posts with label kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts

01 March 2013

Kisah berkenalan dengan anak orang 2


Kisah berkenalan dengan anak orang 2

Selepas beberapa ketika aku menyambung perbualan dgn menyatakan yang aku ingin mengambil nombor telefonnya dan sama sekali aku tidak menyangka dia terus memberikan nombor telefonnya kepada aku. Dengan pantas aku simpan dalam telefon bimbitku. hanya simpan dan takdela terus miskol. nanti nampak pulak mcm bersungguh nak mengorat.

Maka keesokan paginya aku menghantar satu pesanan ringkas selamat pagi kepada beliau dengan waktu yang singkat dia membalas mesejku. Dari pagi itu sampailah ke ptg nye.. dari ptg sampai ke malam.. bermula episod berbalas mesej. Ada suatu ketika dia menceritakan dia sedang menyiapkan gubahan hantaran untuk sahabatnya. Lima gubahan yang dia siapkan untuk sahabatnya itu. Menurutnya lagi dia buat semua itu hanya untuk menolong kawannya yang akan bertunang pada hujung minggu tersebut. Aku kagum juga dalam kesibukannya bekerja sehari-hari sempat jua dia mebuat hantaran yang mengambil masa itu. Kreatif juga minahni dalam fikiran ku pada waktu itu. Dan dia dengan senag hati mengoffer khidmatnya untuk menggubah hantranku jika aku ingin bertunang atau bernikah suatu hari nanti.

Aku rasa sungguh bertuah bilamana ada orang yang mahu membantu aku untuk menyiapkan gubahan hantaran pertunangan tanpa diminta. Pernah suatu ketika dahulu ketika aku melepaskan jawatan di sebuah syarikat aku menjadi rakan kongsi kepada rakanku membuka perniagaan khidmat gubahan dan hantaran. Tapi tidak kekal lama kerana org yang berunding masih bekerja dan terus terang aku katakan aku hanya membuat marketing di internet dan juru runding adalah kakak beliau dan rakan ku sendiri menjadi penggubahnya. Rakanku ini adalah seorg lelaki normal namun sentuhannya memg kreatif dan pelanggan sgt berpuas hati. Sehingga kini laman web mengenai hantran dan gubahan ini masih aktif tetapi tiada update dilakukan.

Bersambung cerita dgn si dia aku membalas dgn bertanyakan sekali lagi. Betul ke nak buat hantaran untuk aku. Jika benar maka takdelah saspen nanti. Beliau pun bertanya dengan pantas “kenapa tak saspen pulak..” lantas aku pun berkata “ memangla tak saspen sebab nanti aku nak hantar dekat kau jugak”..

lebih dari sepuluh minit berlalu dan mesej pun sampai.. “ adakah benar mesej yang aku bace ni”

aku pun tetibe nebes dan untuk elak situasi menjadi awkward lagi aku pun balas “memain jelah”

lame dia terdiam wow.. adakah aku telah melukakan hatinya tanpa aku sedari? Aku pun menghantar satu lagi pesanan ringkas “lega?”

tak lama kemudian dia pun membalas jika benar apa yang aku katakan dia ingin saja memberitahu kepada ayahanda beliau kerana beliau adalah puteri kepada ayahandanya..

Ya aku kaget.. adakah dia ini juga serius.. “berikan masa untuk aku melakukan istikharah cinta” aku membalas untuk menyatakan aku setuju untuk mempertimbangkan semula gurauan yang sebenarnya tak berapa nk bergurau. Dan Alhamdulillah dia pun bersetuju. Aku lakukan untuk mengetahui perasaanya terhadapku pada waktu itu. Jika benar jodoh ku bersamamu kau tetap akan menjadi milikku.

Dalam waktu itu aku masih lagi berbalas sms seperti biasa tetapi langsung tidak menyentuh mengenai soal jodoh dan segala bagai. Sehinggalah beliau memberitahu yang dia akan ke luarnegara atas urusan kerja syarikatnya di vietnam. Lame tak lame. 5 hari juga. Dalam masa yang sama aku beristikharah untuk si dia dan si B. Mencari petunjuk dan keredhaan Ilahi dalam memilih jodoh yang sesuai buat diri aku. Walaupun di vietnam aku hanya berhubung melaui rangkaian sosial yang ada. Alhamdulillah dia juga melakukan istikharah untuk jodohnya. Awal Disember lalu dia kembali ketanah air. Banyak juga cerita yang dia sampaikan kepada aku namun aku tak berapa nak ingat kerana aku lebih fokus kepada projek baru ku yang bertempat di Port Dickson ketika itu untuk sebulan.

Di Port Dickson aku menyewa di sebuah aprtmen di bulatan port dickson. Tingkat dua belas. 2 bilik bersama beberapa org pekerja. Tika tu aku dpat kerja-kerja mengecat dalam kem askar di pusat latihan asas tentera darat di sana. Banyak kenangan yang tempuh di port dickson ni.

26 February 2013

kisah berkenalan dengan anak orang

Setelah berputus kasih dengan seorang bekas tunang yang dikasihi aku berhajat untuk menikahi sesiapa yang mahu untuk dinikahi.. Ujian berputus tunang adalah ujian terakhir yang besar dikala itu. Hari2 pun dgr lagu haddad Alwi. takpun sarah. time to say goodbye,, lagu ferrero roche.

memang perit bila cinta yang dibina terputus ditengah jalan. namun itu tak menjadi masalah kerna kutahu dan ramai orang menasihati aku yang Allah nk beri yang lebih baik dari itu. aku redho..

dalam pada itu seorg kawan di matrikku memberikan seorang calon guru kepadaku untuk berkenalan. seorg yatim piatu dan sedang belajar di tanjung malim dan tahun ini tunggu di posting untuk mengajar di kawasan dalan malaysia. Simple add kat fesbuk terus chat berkenalan. dia pun mudah didekati dan seorg yg sempoi n simple. tapi dalam fesbuk gambar jelas memg takde. namun pengalaman ngeri bersama seorg cikgu sebelum ini membuatkan aku mengorat separuh jalan. kerana selalunya orang yang menjadi guru hendak bekerja sampai pencen.. jarang aku dgr org yang jadi cikgu sanggup berhenti untuk tumpukan perhatian kepada rumah tangga.

maka aku menregisterkan diri di sebuah dua laman web cari jodoh. berkenalan dgn org2 yang aku x brape kenal di fesbuk termasukla seorang kenalan yang aku kenal melalui seorang kawan di sekolah menengah dahulu dan kebetulan sama-sama pernah belajar di matrikulasi.

dalam masa yang sama ade seorang dua yang berkenalan dgn ku mulai rajin berbalas sms. target ketika itu mahu mencari gadis2 biasa yang ingin berubah ke jalan yang lebih baik.

2 orang lingkungan 30 an berkenalan dgn ku waktu tu. seorang kenal di forum yang agak femes dan seorang lagi kenal di laman web cari jodoh.
ya.. aku tidak kisah mengenai umur kerana aku lebih muda dari mereka. bahkan muka ku sahaja org tidak menyangka yang aku ni berumur bawah 30 tahun.

si A adalah seorg wanita biasa dan mengakui dia memang jahil bab2 agama. sungguh.. aku selalu mengikuti perkembangan dia dan dia seorg yang amat melayan dan ramai lelaki yang dilayannya.. pernah juga aku terlintas untuk mengkhitbah si A. kerana selalu mesej aku dan selalu minta pendapat aku dan gayanya amat besungguh untuk memiliki aku. namun aku masih mencari yang lain.

Si B merupakan seorang ustazah sementara di sebuah sekolah di melaka. tinggal di kuala pilah. mempunyai 2 diploma dan satu ijazah dalam bidang agama. pernah aku bertanya untuk berkahwin dgn nya. maka jawapan nya mudah, kita beristikharah cinta terlebih dahulu dan aku bersetuju. cume ada satu perkara yang membuatkan aku tawar hati dgn si B ini. Fikrahnya tidak sama dengan aku. dan katanya selesai sahaja dia menamatkan ijazahnya di bidang sekarang dia mahu ke madinah untuk sambung pelajarannya dan meminta aku untuk ikut bersama ke madinah sebagai muhrim. kerana pada waktu ini dia tidak dapat menyambung pelajaran di Madinah kerana ketiadaan muhrim.

Makanya aku berkira2 agak sukar untuk keluar negara kerana namaku telah disenarai hitam untuk melepasi border pastilah mustahil. dalam pada aku beristikharah untuk si B. aku berkenalan pula dgn si C. seorang pekrja swasta di bandar seremban. ini pun biase2 juga. suka bergaya. berkenalan hanya di fesbuk. mesej pun skali skala dan tetap melayan spt da lame kenal. mungkin pernah belajar di tempat yang sama. dan malang bagiku kerana aku gagal mengingati si dia walaupun dia memg mengenali ku. bahkan pernah sahaja aku berdepan dgnnya di matrik dulu.

seperti biasa aku membelek2 foto fotonya.. manis orgnya. senyum lebar cerah juga. dia pernah bercerita dia mahu bekerja di tempat lain. mahu jadi setiausaha pun boleh. pernah juga aku bertanya kebolehannya tentang memasak. ya dia menjawab boleh je masak namun setiap masakan yang disebut diakhiri dgn tak sedap.. haha.. tersenyum aku sendirian.. merisiklah aku untuk mengetahui samada dia kepunyaan org ke bukan.. tidak sukar untuk mengetahui kerana aku terus bertanya direct tanpa selindung. Jawapan jujur telah diberikan beliau dgn secebis harapan semoga org yang beliau cintai kembali kepada beliau. begitu sedih tatkala menceritakan bagaimana dia dilupakan begitu sahaja.

Kesian juga. namun semua orang pun ade masalah seperti itu kasih tak berkesampaian.. setelah berbual lame (berminggu2). aku ingin saja mengambil number teleponnya. namun tak tertaip sehinggalah aku bertanya keadaan kawannya... haha sungguh tak masuk topik..

bersambung




08 February 2013

di suatu masa


Ada di suatu ketika aku ingin sahaja mengunfriend kawan yang tidak aku kenali di fesbuk..

Satu demi satu aku mendelete jika tiada langsung aku kenal aku tiada kaitan atau langsung tiada mutual frend. yang mane ade mutual fren aku kan melihat gambar fotonya supaya aku mudah mengenali.. jika aku kenal maka aku teruskan menyimpan. jika tidak kenal maka denag senang hati aku menghantar pesanan yang mengandungi pesanan ringkas..

"aku kenal kau ke atau kau kenal aku.,"

Jadi ade seorang gadis ini membalas pesananku dgn berkata ya saya kenal anda.. menurutnya lagi dia sebilik dgn rakan sekolah ku di matrik, dan kawannya sekuliah bersama aku dimatrik dan rakan kelas sekolah menengahku adalah kawan karib dia..

hamboi sume kawan aku dia kenal termasuk aku.. dimatrik dia mengenaliku tanpa aku mengenalinya.. bukan bermaksud dia meminati ku tapi lebih kepada kawan dia adalah kawan ku.

menurut ceritanya sewaktu kawnku bertemu aku dgn bercerita tentang masalahnya aku dan si dia pernah duduk semeja dan sungguh aku tak perasan dia.. haha..

hmm mungkin sebab aku suka melihat wanita2 cantik di kolej langsung tidak memandang mana2 wanita yang biasa2.. Almaklumlah waktu remajaku agak hensem dari biasa. kuang3..

Januari telah berlalu

Kini munculnya Februari..

Alhamdulillah.. dengan limpah dan kurnianya aku telah mengkhitbah seorang wanita yang berasal dari negeri sembilan pada disember lepas.

tiada kisah cinta yang sadis atau dugaan datang menggoncang cinta kemudian kembali tenang dan datang pula ujian datang menghempas kemudian ok and so on macam citer2 indon mahupun sepanyol hatta venuezela sekali pun..

makanya.. 3 Februari lalu berlangsunglah majlis ringkas pertunangan antara aku dan dia..