01 March 2013

Kisah berkenalan dengan anak orang 2


Kisah berkenalan dengan anak orang 2

Selepas beberapa ketika aku menyambung perbualan dgn menyatakan yang aku ingin mengambil nombor telefonnya dan sama sekali aku tidak menyangka dia terus memberikan nombor telefonnya kepada aku. Dengan pantas aku simpan dalam telefon bimbitku. hanya simpan dan takdela terus miskol. nanti nampak pulak mcm bersungguh nak mengorat.

Maka keesokan paginya aku menghantar satu pesanan ringkas selamat pagi kepada beliau dengan waktu yang singkat dia membalas mesejku. Dari pagi itu sampailah ke ptg nye.. dari ptg sampai ke malam.. bermula episod berbalas mesej. Ada suatu ketika dia menceritakan dia sedang menyiapkan gubahan hantaran untuk sahabatnya. Lima gubahan yang dia siapkan untuk sahabatnya itu. Menurutnya lagi dia buat semua itu hanya untuk menolong kawannya yang akan bertunang pada hujung minggu tersebut. Aku kagum juga dalam kesibukannya bekerja sehari-hari sempat jua dia mebuat hantaran yang mengambil masa itu. Kreatif juga minahni dalam fikiran ku pada waktu itu. Dan dia dengan senag hati mengoffer khidmatnya untuk menggubah hantranku jika aku ingin bertunang atau bernikah suatu hari nanti.

Aku rasa sungguh bertuah bilamana ada orang yang mahu membantu aku untuk menyiapkan gubahan hantaran pertunangan tanpa diminta. Pernah suatu ketika dahulu ketika aku melepaskan jawatan di sebuah syarikat aku menjadi rakan kongsi kepada rakanku membuka perniagaan khidmat gubahan dan hantaran. Tapi tidak kekal lama kerana org yang berunding masih bekerja dan terus terang aku katakan aku hanya membuat marketing di internet dan juru runding adalah kakak beliau dan rakan ku sendiri menjadi penggubahnya. Rakanku ini adalah seorg lelaki normal namun sentuhannya memg kreatif dan pelanggan sgt berpuas hati. Sehingga kini laman web mengenai hantran dan gubahan ini masih aktif tetapi tiada update dilakukan.

Bersambung cerita dgn si dia aku membalas dgn bertanyakan sekali lagi. Betul ke nak buat hantaran untuk aku. Jika benar maka takdelah saspen nanti. Beliau pun bertanya dengan pantas “kenapa tak saspen pulak..” lantas aku pun berkata “ memangla tak saspen sebab nanti aku nak hantar dekat kau jugak”..

lebih dari sepuluh minit berlalu dan mesej pun sampai.. “ adakah benar mesej yang aku bace ni”

aku pun tetibe nebes dan untuk elak situasi menjadi awkward lagi aku pun balas “memain jelah”

lame dia terdiam wow.. adakah aku telah melukakan hatinya tanpa aku sedari? Aku pun menghantar satu lagi pesanan ringkas “lega?”

tak lama kemudian dia pun membalas jika benar apa yang aku katakan dia ingin saja memberitahu kepada ayahanda beliau kerana beliau adalah puteri kepada ayahandanya..

Ya aku kaget.. adakah dia ini juga serius.. “berikan masa untuk aku melakukan istikharah cinta” aku membalas untuk menyatakan aku setuju untuk mempertimbangkan semula gurauan yang sebenarnya tak berapa nk bergurau. Dan Alhamdulillah dia pun bersetuju. Aku lakukan untuk mengetahui perasaanya terhadapku pada waktu itu. Jika benar jodoh ku bersamamu kau tetap akan menjadi milikku.

Dalam waktu itu aku masih lagi berbalas sms seperti biasa tetapi langsung tidak menyentuh mengenai soal jodoh dan segala bagai. Sehinggalah beliau memberitahu yang dia akan ke luarnegara atas urusan kerja syarikatnya di vietnam. Lame tak lame. 5 hari juga. Dalam masa yang sama aku beristikharah untuk si dia dan si B. Mencari petunjuk dan keredhaan Ilahi dalam memilih jodoh yang sesuai buat diri aku. Walaupun di vietnam aku hanya berhubung melaui rangkaian sosial yang ada. Alhamdulillah dia juga melakukan istikharah untuk jodohnya. Awal Disember lalu dia kembali ketanah air. Banyak juga cerita yang dia sampaikan kepada aku namun aku tak berapa nak ingat kerana aku lebih fokus kepada projek baru ku yang bertempat di Port Dickson ketika itu untuk sebulan.

Di Port Dickson aku menyewa di sebuah aprtmen di bulatan port dickson. Tingkat dua belas. 2 bilik bersama beberapa org pekerja. Tika tu aku dpat kerja-kerja mengecat dalam kem askar di pusat latihan asas tentera darat di sana. Banyak kenangan yang tempuh di port dickson ni.