25 February 2013

Kisah gout datang bertamu


Assalamualaikum wbt

Hari ini aku santai sahaja di kampung halaman. Berhasrat untuk bekerja di hulu klang hari ni. namum terbatal apabila selepas subuh kepala ku amat sakit dan selsema mula terasa.. maka aku meneruskan tidur hingga ke 1030 pagi..

Bangun dari tidur, kepalaku masih sakit seperti ada yang menekan.. kubiarkan lantas aku pergi ke rumah opahku yang jaraknya tak sampai 20 meter.. mebuka tudung saji..

"hmm ade ayam tomyam dgn ayam masak merah semalam yang masih belum habis.."

buka tudung saji yang kecil.. ade goreng sukun bertepung tanpa membuang masa aku membaham dan mengunyah dgn senang hati.. lapar agaknya kerana malam tadi dan pagi tadi hujan turun dgn lebat di kampungku..

sedang mengunyah aku melihat keluar rumah.. hujan turun lagi kalini dengan lebih lebat lagi... aku pergi ke pintu dapur dan menjenguk ke luar aku melihat opahku masih lagi memotong bunga pagar dgn gunting pasar lambak.. gunting khas potong sayur dan potong bunga2an agaknya.. sedang hujan semakin lebat opahku masih lagi memotong bunga pagar di halaman rumah.. terdetik dalam hat iku.. opah aku ni sedar ke tak sedar...

Lalu ku menjerit. "opah... hujan ni.. nanti demam pah".. opahku ku berpaling dan segera meninggalkan bunga pagar, segera menuju kearahku.. dalam laluan dia ke arahku sempat lagi memotong buga disebelahnya.. tanpa menghiraukan hujan yang semakin melebat..

Opahku melihat ku dan bertanya.. " dah makan ke? nasik da masak.. ade goreng keledek bawah sangei tu.. "..

aku cuma ketawa.. " Keledek? ingatkan sukun... heheh."

"opah beli mase kat pasar tadi dua bijik sedap sgt...ade gula sepiring kat sebelah dier cicahla.." opahku menambah.

" hmm memang sedap.. tapi nafsuku terarah kepada nasik dan ayam tomyam.. entah kenapa sehingga ke hari ini aku benar2 belum muak dgn ayam lagi..

mungkin kerana waktu kecilku untuk makan ayam hanya seminggu sekali dan hanya pada hari sabtu mungkin.. aku bukan dari keluarga yang senang. hari2 pun makan ikan goreng dgn kicap.. jika ada masakan berlaukkan ayam sepertinya satu rahmat bgku.. aku suka bahagian dada kerana isi lebih dan kurang lemak.. huhu. sempat nk memilih.. namun aku pernah nyaris terkena tanda2 awal gout..

sakit yang amat sangat hampir2 sahaja tidak mampu berjalan. sendi di bahagian ibu jari kaki ku amat sakit seperti dihempap sesuatu yang sgt berat.. pertama kali terasa benar sakitnya sewaktu di kelantan ketika melawat seorg rakan disana. sewaktu pulang dari rumahnya dah mula rasa sakit dan destinasi aku selepas itu ke penang untu bercuti di batu feringgi.. melepaskan rindu pada penang.. tempat bermain dan berlari ketika menuntut di sebuah pusat pengajian disana suatu ketika dahulu..

 sampai sahaja di penang kaki ku mula terasa sgt sakit sampai aku rase nk potong ibu jari yang satu ni.. sebelah lagi pun da mula rase2 sengal tapi tak macm di sebelah kiri. sgt2 sakit.. sampai di stesen bas nibong tebal aku menelefon seorg sahabatku yang kenetulan masih berada di penang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

tujuan aku menelefon adalah untuk meminjam motornya untuk sehari dua ini untuk berjalan mengelilingi penang. Alhamdulillah dia sampai lebih kurg jam duabelas malam.. kesakitan yang tak tertanggung lagi.. aku terus saja ke hospital besar untuk mendapatkan rawatan.. doktok memberitahu mungkin nk kene gout ni.. sakit sendi.. kene kurangkan makanan yang berkolestrol tinggi..

Ya ketika itu berat badanku hampir sahaja 120kilogram. sejak 7 hingga 8 bulan yang lalu hari2 aku makan ayam .. makan tghari makan malam.. untunglah ada mak yang tolong masakkan.. dgn status penganggur tegar dikala itu. hari2 pun menghadap komputer tanpa senaman. tanpa bersukan. mukaku bulat perutku besar saiz seluar sahaja sudah 42inci. Ynag tak boleh blah pakai stokin kene duduk klu berdiri memang sangku perut.. baygkan kegemukan time tu.. huhu.

maka tak hairanlah klu gout ni cube nk singgah pada aku..

setelah mendapatkan ubat sakit saraf aku terus telan 4-5 bijik masa tu jugak.. waktu yang agak lama untuk ubat itu memberi kesan.. sejam hingga sejam setengah jugakla.. hanya kebas di tempat sakit.. pergh ok sgt.. boleh jalan dan menggerakkan ibu jari klu dak kompom tak leh..

keluar dari seital aku terus g chek in kat rumah tumpangan kat batu uban.. terus tidur. rehatkan badan kerna esok aku nk mengelilingi penang..

selesai bercuti di penang aku pulang ke kapar.(keluargaku masih di sini). mase kat umah ni ubat dah habis.. makanya terpaksa pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat saraf.. aku masih lagi makan ayam wlupun dokter melarang.

sepertinya ibuku tahu yang aku mengalami sakit saraf ini lalu dia memaggil bapa angkatnya. seorang pengamal perubatan islam datang kerumah.

ringkas dan mudah .. ituu je mampu aku katakan.. hanya menjampi segelas air dgn menyebut kalimah Allah dan menyuruh aku minum suku gelas dan bakinya dijirus tempat yang sakit... pada keesokan harinya tiada lagi sakit yang tinggal.. kakiku kembali normal seperti tiada sakit atau senagl2.. Alhamdulillah.. sehingga kini kaki takpenah berasa sakit.. dan aku xputus2 jua makan ayam.. hahahaha...

tapi berat badan ku da berkurang sgt.. 100kg lebih kurang sekarang ni. kerana kegemukan yang melanda aku paksakan di aku bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh kasar.. bekrjalah aku bersama indon dan bangla demi mencari sesuap nasik.. sehngga berat ku hampir mencapai 90kg ketika itu.. malangnya pojek da siap aku mula berjinak dgn syarikat perkhidmatan keselamtan cctv yang beroperasi di sebelah KLCC. wisma sentral..

bersambung di lain hari


No comments:

Post a Comment