Showing posts with label harian. Show all posts
Showing posts with label harian. Show all posts

27 February 2013

Selamat Hari Lahir yang ke 3 buat Adam Rayyan


Assalamualaikum wbt..

Hari ini 27.02.2013 maka genaplah umur Adam Rayyan 3 Tahun dan sudah  3 tahun jualah sahabatku encik hairul menjadi seorang bapa mithali


Aku masih ingat lagi 3 tahun lepas selepas Rayyan dilahirkan aku dan bapanya pergi ke pejabat pendaftaran negara untuk membuat surat beranak atau mykid. Masa tu aku masih lagi menjadi penganggur tegar di kampung halaman.

Adam Rayyan terpaksa di tahan di wad kerana ada masalah kesihatan dan Alhamdulillah beliau keluar setelah beberapa ketika. Sewaktu aku melihat wajah2 Adam Rayyan di telepon sahabatku mukanya mirip ke arah bapanya bermata sepet.. berketurunan banjar.. iras wajah ibu rayyan masih terdapat pada wajah Rayyan.

Adam Rayyan membesar di kampung kerana ibunya bekerja di hospital di pekan berhampiran. Sahabatku jua tinggal di kampung  untuk memudahkan urusan..

Ketika berumur hampir setahun barulah Adam Rayyan melihat aku. Hasrat untuk mengambil dan mendukung rayyan seperti kanak2 lain tidak kesampaian apabila beliau terus sahaja menangis melihat wajahku.. Aku fikir mungkin di kala kecil sahaja namun sehingga kini Rayyan masih berlari dan menyorok jika ternampak aku seperti melihat sosok sosok ghaib kata warga indonesia.. aku langsung tidak berkecil hati kerana aku tahu mukaku dan lagakgu mcm seorang pengganas apatah lagi dengan janggut n jambang menghiasi wajahku. sehingga ada sahaja org mengganggar umurku 40 tahun suatu ketika dahulu..

Masih teringat zaman kecilku, adikku yang muda setahun daripadaku mempunyai tarikh lahir yang hampir sama denganku. maka ibuku akan menyambut hari lahirku dan adikku serentak.. selalunya dihujung minggu. ibuku akan pulang ke kampung dan membeli kek yang besar dan lilin-lilin kecil untuk dihias atas permukaan kek.. gula-gula yang berpeket-peket dan dibungkus kecil2 untuk diberikan kepada kanak2 di kawasan kejirananku. Ibuku akan menjemput jiran2 yang berhampiran dengan rumahku.

opah dan ibuku akan memasak bihun atau mee goreng sebagai juadah untuk para  hadirin  yang hadir. Tidaklah ramai siap berkhemah2 hanya ibu2 dan anak kecil sahaja untuk meraikan hari lahir adikku dan aku..

Lilin2 di tegakkan diatas kek. diatas kek terdapat ucapan "selamat hari jadi Along dan Ain". bila semua lilin dah dinyalakan maka dgn riang gembira jiran2 dan ibuku akan menyanyikan lagu

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi along...

selamat hari jadi...

selesai menyanyi ibuku akan mengambil gambarku dan adikku dihadapan lilin. masih segar diingatan betapa gembiranya aku sambil tersenyum riang dihadapan kek.. hehehe.. Tapi topi2 xdela.. normal je.. suke2..

adegan meniup lilin akan diulang sebanyak dua kali. kali pertama giliran aku. selesai aku tiup, adikku pula akan tiup lilin tetapi sebatang lilin dah pun di cabut. ibuku mencabot lilin2 dan aku dan adikku akan same2 memegang pisau dan bergaya untuk memotong kek bersama-sama sambil ibuku menangkap gambar.. hanya itu sudah mencukupi aku amat gembira dapat memotong kek bersama adikku dan bersama opah dan ibuku..

 walau pun mase itu masih belum cukup mengerti apakah itu hari lahir.. seingat2 aku tiada hadiah untuk hari lahir. cuma kek dan gula2. namun aku tidak pernah merungut kerana aku agak malu kerana jiran2ku yang lain jarang2 sekali nk buat majlis sebegini untuk hari lahir.. rase2 aku memg tak penah pergi majlis hari jadi jiran2 aku. tapi taktau la plak kalau  aku memang tidak dijemput. hahahaa. tapi yelah citer ni zaman 90an ye..

cerita disekolah rendah pula agak berlainan. Jarang sambut majlis hari lahir di rumah.. tapi ibuku buat terus disekolah.. ibuku akan mengambil cuti dan pulang dikampung semata untuk menyambut hari lahirku disekolah.. ibuku akan berpakat dgn guru kelasku untuk menggunakan waktu rehat sebagai waktu menyambut hari lahirku.. kaedahnya sama.. gula2 yang banyak akan dipeketkan kecil2 dan di stapler dan diagih2kan kepada seluruh kelas..

 untungla sape yang sekelas dgn aku.. kek dapat gula2 pun dapat.. huhu.. dan kala ini terasa betapa hangatnya kasih ibu kepada anaknya.. memang benar ibuku tidak mempunyai masa yang banyak bersamaku kerana bekerja di bandar. namun ibu sanggup bersusah payah menyukakan aku di hari lahir ku terima kasih ibu.. SEmoga Allah melimpahi rahmahnya ke atas mu dan aku sentiasa mendoakan ibu baik baik selalu...

kisah menyambut hari lahir terhenti ketika aku bersekolah di asrama penuh kerajaan negeri.. jarak yang hampir2 300km membuatkan terlalu jauh buat ibu untuk menjengukku di sekolah apatah lagi di hari biasa.. namun setelah aku bersekolah harian berhampiran dgn kampungku. sekali lagi ibuku menghantar kek terus ke kelasku melalui adikku.. ya. ibuku tidak pernah sekali2 melupakan hari lahirku sehingga ke hari ini..  walaupun sudah menghampiri Spm dikala itu aku tidak segan dilakukan begitu kerana aku tahu ibu sayangkan aku. dan aku berbangga kerana ibu selalu ingat hari lahirku..

25 February 2013

Kisah gout datang bertamu


Assalamualaikum wbt

Hari ini aku santai sahaja di kampung halaman. Berhasrat untuk bekerja di hulu klang hari ni. namum terbatal apabila selepas subuh kepala ku amat sakit dan selsema mula terasa.. maka aku meneruskan tidur hingga ke 1030 pagi..

Bangun dari tidur, kepalaku masih sakit seperti ada yang menekan.. kubiarkan lantas aku pergi ke rumah opahku yang jaraknya tak sampai 20 meter.. mebuka tudung saji..

"hmm ade ayam tomyam dgn ayam masak merah semalam yang masih belum habis.."

buka tudung saji yang kecil.. ade goreng sukun bertepung tanpa membuang masa aku membaham dan mengunyah dgn senang hati.. lapar agaknya kerana malam tadi dan pagi tadi hujan turun dgn lebat di kampungku..

sedang mengunyah aku melihat keluar rumah.. hujan turun lagi kalini dengan lebih lebat lagi... aku pergi ke pintu dapur dan menjenguk ke luar aku melihat opahku masih lagi memotong bunga pagar dgn gunting pasar lambak.. gunting khas potong sayur dan potong bunga2an agaknya.. sedang hujan semakin lebat opahku masih lagi memotong bunga pagar di halaman rumah.. terdetik dalam hat iku.. opah aku ni sedar ke tak sedar...

Lalu ku menjerit. "opah... hujan ni.. nanti demam pah".. opahku ku berpaling dan segera meninggalkan bunga pagar, segera menuju kearahku.. dalam laluan dia ke arahku sempat lagi memotong buga disebelahnya.. tanpa menghiraukan hujan yang semakin melebat..

Opahku melihat ku dan bertanya.. " dah makan ke? nasik da masak.. ade goreng keledek bawah sangei tu.. "..

aku cuma ketawa.. " Keledek? ingatkan sukun... heheh."

"opah beli mase kat pasar tadi dua bijik sedap sgt...ade gula sepiring kat sebelah dier cicahla.." opahku menambah.

" hmm memang sedap.. tapi nafsuku terarah kepada nasik dan ayam tomyam.. entah kenapa sehingga ke hari ini aku benar2 belum muak dgn ayam lagi..

mungkin kerana waktu kecilku untuk makan ayam hanya seminggu sekali dan hanya pada hari sabtu mungkin.. aku bukan dari keluarga yang senang. hari2 pun makan ikan goreng dgn kicap.. jika ada masakan berlaukkan ayam sepertinya satu rahmat bgku.. aku suka bahagian dada kerana isi lebih dan kurang lemak.. huhu. sempat nk memilih.. namun aku pernah nyaris terkena tanda2 awal gout..

sakit yang amat sangat hampir2 sahaja tidak mampu berjalan. sendi di bahagian ibu jari kaki ku amat sakit seperti dihempap sesuatu yang sgt berat.. pertama kali terasa benar sakitnya sewaktu di kelantan ketika melawat seorg rakan disana. sewaktu pulang dari rumahnya dah mula rasa sakit dan destinasi aku selepas itu ke penang untu bercuti di batu feringgi.. melepaskan rindu pada penang.. tempat bermain dan berlari ketika menuntut di sebuah pusat pengajian disana suatu ketika dahulu..

 sampai sahaja di penang kaki ku mula terasa sgt sakit sampai aku rase nk potong ibu jari yang satu ni.. sebelah lagi pun da mula rase2 sengal tapi tak macm di sebelah kiri. sgt2 sakit.. sampai di stesen bas nibong tebal aku menelefon seorg sahabatku yang kenetulan masih berada di penang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

tujuan aku menelefon adalah untuk meminjam motornya untuk sehari dua ini untuk berjalan mengelilingi penang. Alhamdulillah dia sampai lebih kurg jam duabelas malam.. kesakitan yang tak tertanggung lagi.. aku terus saja ke hospital besar untuk mendapatkan rawatan.. doktok memberitahu mungkin nk kene gout ni.. sakit sendi.. kene kurangkan makanan yang berkolestrol tinggi..

Ya ketika itu berat badanku hampir sahaja 120kilogram. sejak 7 hingga 8 bulan yang lalu hari2 aku makan ayam .. makan tghari makan malam.. untunglah ada mak yang tolong masakkan.. dgn status penganggur tegar dikala itu. hari2 pun menghadap komputer tanpa senaman. tanpa bersukan. mukaku bulat perutku besar saiz seluar sahaja sudah 42inci. Ynag tak boleh blah pakai stokin kene duduk klu berdiri memang sangku perut.. baygkan kegemukan time tu.. huhu.

maka tak hairanlah klu gout ni cube nk singgah pada aku..

setelah mendapatkan ubat sakit saraf aku terus telan 4-5 bijik masa tu jugak.. waktu yang agak lama untuk ubat itu memberi kesan.. sejam hingga sejam setengah jugakla.. hanya kebas di tempat sakit.. pergh ok sgt.. boleh jalan dan menggerakkan ibu jari klu dak kompom tak leh..

keluar dari seital aku terus g chek in kat rumah tumpangan kat batu uban.. terus tidur. rehatkan badan kerna esok aku nk mengelilingi penang..

selesai bercuti di penang aku pulang ke kapar.(keluargaku masih di sini). mase kat umah ni ubat dah habis.. makanya terpaksa pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat saraf.. aku masih lagi makan ayam wlupun dokter melarang.

sepertinya ibuku tahu yang aku mengalami sakit saraf ini lalu dia memaggil bapa angkatnya. seorang pengamal perubatan islam datang kerumah.

ringkas dan mudah .. ituu je mampu aku katakan.. hanya menjampi segelas air dgn menyebut kalimah Allah dan menyuruh aku minum suku gelas dan bakinya dijirus tempat yang sakit... pada keesokan harinya tiada lagi sakit yang tinggal.. kakiku kembali normal seperti tiada sakit atau senagl2.. Alhamdulillah.. sehingga kini kaki takpenah berasa sakit.. dan aku xputus2 jua makan ayam.. hahahaha...

tapi berat badan ku da berkurang sgt.. 100kg lebih kurang sekarang ni. kerana kegemukan yang melanda aku paksakan di aku bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh kasar.. bekrjalah aku bersama indon dan bangla demi mencari sesuap nasik.. sehngga berat ku hampir mencapai 90kg ketika itu.. malangnya pojek da siap aku mula berjinak dgn syarikat perkhidmatan keselamtan cctv yang beroperasi di sebelah KLCC. wisma sentral..

bersambung di lain hari


10 February 2013

Kegagalan membayar hutang PTPTN


Aku Pernah terbace beberapa status update dari kenalan yang mengeluh kerana tidak dapat kebenaran dari pihak Imegresen untuk mengecop passport untuk keluar negara.

termasuklah sidia yang mempunyai status yang same. mengomel tak sudah2 di laman social..
tapi lepas beberapa minggu atau bulan aku sudah melihat belaiu keluar negara dan ini menunjukkan beliau sudah berjaya membayar hutang PTPTN beliau.

Jadi untuk menjawab curiosity aku pun menghantar pesanan kepada beliau menanyakan bagaimana beliau menyelesaikan hutang ptptn . Samaada belaiu membayar habis ataupun menggunakan kaedah yang jarang kita dengar atau kaedah yang membelakangi peraturan..

Dengan panjang lebar beliau menerangkan... pergi ke pejabat PTPTN beliau digesa menggunakan akaun 2 KWSP untuk melangsaikan amaun yang sepatutnya dibayar.. lingkugan 25-30 percent jugaklah untuk keluar dari senarai hitam..

jadi ke kwsp dan kwsp bayar terus ke PTPTN dan malangnya jumlah masih tidak mencukupi. jadi dengan simpanan sendiri yang ade beliau menjelasakan hutang untuk keluar negara.

dengan agreement untuk standing instuction dari bank untuk bayaran bulanan maka dgn senag hati beliau terkeluar dari senarai hitan dan bebas keluar negara...

jadi kepada peminjam PTPTN tu bolehla wat step yang same gak klu nak keluar dari blacklist. huhu..

08 February 2013

CNY tahun baru cina

harini aku melihat status kawan ramai yang mengeluh kerana kesesakan lalu lintas yang diakibatkan warga kota sibuk untuk pulang kekampung halaman.. cuti 3 hari tu der.. bukan sikit2..

aku masih berada di kuala lumpur.. kerana lawatan tapak siang tadi terpaksa ditunda kerana hujan lebat yang melanda dikuala lumpur..

Tuan rumah dah kompomkan esok tghari bru boleh nak melawat site kat umah dier. Syukurla boleh wat wiring letrik.. rumah yang dibeli sedang dalam pengubahsuaian.. jadi kawan aku telah merekemen.

dan baru sahaja seorang hamba Allah menelifon untuk membantu beliau menyetting internet untuk cctv viewving mll laptop dan kamera.. Hamba Allah ni sedang bersiap siaga untuk pulang ke kampung halaman di klang. makanya dia nak melihat cctv kedainya yang berada digombak.. huhu

dalam sibuk menyetting sempat dia memberi tahu tol gombak arah timur jem sampapi ke batu caves.. subhanallah.. mujurlah aku di kuala lumpur pulang kekampung waktu bukan cuti. huhu. kepada yang ingin pulang kekampung sila memandu dengan berhati2 dan ingat kepada orang yang tersayang sila baca doa naik kenderaan ..