Setelah berputus kasih dengan seorang bekas tunang yang dikasihi aku berhajat untuk menikahi sesiapa yang mahu untuk dinikahi.. Ujian berputus tunang adalah ujian terakhir yang besar dikala itu. Hari2 pun dgr lagu haddad Alwi. takpun sarah. time to say goodbye,, lagu ferrero roche.
memang perit bila cinta yang dibina terputus ditengah jalan. namun itu tak menjadi masalah kerna kutahu dan ramai orang menasihati aku yang Allah nk beri yang lebih baik dari itu. aku redho..
dalam pada itu seorg kawan di matrikku memberikan seorang calon guru kepadaku untuk berkenalan. seorg yatim piatu dan sedang belajar di tanjung malim dan tahun ini tunggu di posting untuk mengajar di kawasan dalan malaysia. Simple add kat fesbuk terus chat berkenalan. dia pun mudah didekati dan seorg yg sempoi n simple. tapi dalam fesbuk gambar jelas memg takde. namun pengalaman ngeri bersama seorg cikgu sebelum ini membuatkan aku mengorat separuh jalan. kerana selalunya orang yang menjadi guru hendak bekerja sampai pencen.. jarang aku dgr org yang jadi cikgu sanggup berhenti untuk tumpukan perhatian kepada rumah tangga.
maka aku menregisterkan diri di sebuah dua laman web cari jodoh. berkenalan dgn org2 yang aku x brape kenal di fesbuk termasukla seorang kenalan yang aku kenal melalui seorang kawan di sekolah menengah dahulu dan kebetulan sama-sama pernah belajar di matrikulasi.
dalam masa yang sama ade seorang dua yang berkenalan dgn ku mulai rajin berbalas sms. target ketika itu mahu mencari gadis2 biasa yang ingin berubah ke jalan yang lebih baik.
2 orang lingkungan 30 an berkenalan dgn ku waktu tu. seorang kenal di forum yang agak femes dan seorang lagi kenal di laman web cari jodoh.
ya.. aku tidak kisah mengenai umur kerana aku lebih muda dari mereka. bahkan muka ku sahaja org tidak menyangka yang aku ni berumur bawah 30 tahun.
si A adalah seorg wanita biasa dan mengakui dia memang jahil bab2 agama. sungguh.. aku selalu mengikuti perkembangan dia dan dia seorg yang amat melayan dan ramai lelaki yang dilayannya.. pernah juga aku terlintas untuk mengkhitbah si A. kerana selalu mesej aku dan selalu minta pendapat aku dan gayanya amat besungguh untuk memiliki aku. namun aku masih mencari yang lain.
Si B merupakan seorang ustazah sementara di sebuah sekolah di melaka. tinggal di kuala pilah. mempunyai 2 diploma dan satu ijazah dalam bidang agama. pernah aku bertanya untuk berkahwin dgn nya. maka jawapan nya mudah, kita beristikharah cinta terlebih dahulu dan aku bersetuju. cume ada satu perkara yang membuatkan aku tawar hati dgn si B ini. Fikrahnya tidak sama dengan aku. dan katanya selesai sahaja dia menamatkan ijazahnya di bidang sekarang dia mahu ke madinah untuk sambung pelajarannya dan meminta aku untuk ikut bersama ke madinah sebagai muhrim. kerana pada waktu ini dia tidak dapat menyambung pelajaran di Madinah kerana ketiadaan muhrim.
Makanya aku berkira2 agak sukar untuk keluar negara kerana namaku telah disenarai hitam untuk melepasi border pastilah mustahil. dalam pada aku beristikharah untuk si B. aku berkenalan pula dgn si C. seorang pekrja swasta di bandar seremban. ini pun biase2 juga. suka bergaya. berkenalan hanya di fesbuk. mesej pun skali skala dan tetap melayan spt da lame kenal. mungkin pernah belajar di tempat yang sama. dan malang bagiku kerana aku gagal mengingati si dia walaupun dia memg mengenali ku. bahkan pernah sahaja aku berdepan dgnnya di matrik dulu.
seperti biasa aku membelek2 foto fotonya.. manis orgnya. senyum lebar cerah juga. dia pernah bercerita dia mahu bekerja di tempat lain. mahu jadi setiausaha pun boleh. pernah juga aku bertanya kebolehannya tentang memasak. ya dia menjawab boleh je masak namun setiap masakan yang disebut diakhiri dgn tak sedap.. haha.. tersenyum aku sendirian.. merisiklah aku untuk mengetahui samada dia kepunyaan org ke bukan.. tidak sukar untuk mengetahui kerana aku terus bertanya direct tanpa selindung. Jawapan jujur telah diberikan beliau dgn secebis harapan semoga org yang beliau cintai kembali kepada beliau. begitu sedih tatkala menceritakan bagaimana dia dilupakan begitu sahaja.
Kesian juga. namun semua orang pun ade masalah seperti itu kasih tak berkesampaian.. setelah berbual lame (berminggu2). aku ingin saja mengambil number teleponnya. namun tak tertaip sehinggalah aku bertanya keadaan kawannya... haha sungguh tak masuk topik..
bersambung
No comments:
Post a Comment