20 February 2013

Kisah dihempap durian


Disuatu ketika hatiku hiba
harapanku musnah di telan masa
kau datang dengan senyuman
menarikku pantas kembali ke jalan

disuatu ketika tanganku berdarah
dihempap durian yang tidak bermata
kau datang sambil tersenyum
mengubati tangan yang semakin berdarah
dengan penuh kasih sayang kau basuh lukaku
aku merintih tak tertahan

kesakitan yang tak mampu aku tanggung
kau masih tersenyum menghembus luka ku
ajaibnya ku rasa sakitku berkurang
hanya pedih bisa terasa hingga ke tulang
tanganku bertukar menjadi biru
darah masih mengalir
mataku bengkak akibat menangis terlalu lama
hingga aku tidak sedar bila masanya aku tertidur
lena diulit mimpi di henang petang yang berangin

__________________________________________

pulang dari sekolah tadika yang tidak jauh dari sekolah.. aku pulang bersama adikku yang muda setahun dariku

dari sekolah aku merentasi halaman rumah orang kampung bersama beberapa org teman iaitu anak cikgu sekolah tadikaku

selepas sampai dibelakang rumah orang aku dan adikku merentasi sedikit belukar dibelakang rumah orang.. ya. jalan raya memang sudah dibina di tanah rancangan.. cuma aku lebih gemar mengambil jalan pintas kerna seronok beradventure dan tentunya redup lalu di bawah pokok2

sampai dikawasan belukar di belakang rumahku ade anak sungai yang perlu dilintas dgn batang kelapa aku meniti sambil diikuti adikku. buat pengetahuan adikku seorang kanak2 perempuan yang comel. cume matanya lebih galak dari aku.. mengikut sahaja aku dari belakang..

sebelum sampai kerumah aku akan melintasi dusun kecil dibelakang rumahku,
pokok manggis
pokok cempedak
pokok langsat
pokok rambutan
pokok durian
pokok kelapa
pokok koko
pokok pisang
pokok betik
pokok nam nam

Opahku rajen menanam pokok pokok dibelakang rumah.. tetapi pokok durianlah yang paling mendominasi kawsan dibelakang rumahku..

agak seram bila melintasi kawasan bawah pokok durian ni.. tapi aku yakin walaupun beratus2 buah durian diatas kepala namun tak mudah untuk durian gugur tanpa angin yang kuat.

Begitulah fikiranku pada masa kecilku..

dengan riang gembira aku melintasi kawasan bawah pokok durian.. sampai sahaja dirumah, selesai menukar pakaian dan mencampak beg sekolah di suatu sudut aku dan adikku keluar ber main di halaman rumah sambil menunggu Opahku pulang dari kebun getah..

Pada tengahari sampailah Opahku dari kebun, tukar pakaian dan memasak untuk juadah tengahari itu..

selesai makan Opahku bersolat zuhur.. selesai solat zuhur Opahku mengajak aku ke kawasan belakang rumah untuk menikmati durian yang telah gugur. dgn parang pendek yang berusia berbelas tahun aku memfolo oOpahku dari belakang.. adikku sudah tertidur kekenyangan dgn teddy bear oren pemberian makcikku... aku yang masih kekenyangan masih bernafsu untuk menikmati durian dibawah poko durian.

tanpa membuang masa Opah dan aku terus mengambil port terbuka dibawah pokok durian sambil membelah durian pertama..

Alhamdulillah selesai durian pertama.. berjaya dihabiskan aku dan Opah dalam masa yang singkat
buah kedua dibelah... hurmm laju je aku makan durian.. sedikit cerita mengenai pokok durian ini dalam kawasan blok tanah rancangan ni. pokok ni antara yang terbesar dan tertua. jadi buah setiap kali musim memang banyak. tak termakan siap ade peraih datang ambil durian setiap petang atau pagi untuk dijual di pekan slim atau tepi jalan besar di luar kampung..

Aku tak tahu macam mana tapi setiap detik sebelum aku dihempap durian masih segar sehingga kini.. aku memamah ulas yang ketujuh dgn lahap sehingga bijik pun nampak licin je da boleh jadi cermin pun.. dengan bangga aku pun menunjukkan ulas yang aku makan tadi kepada Opah yang duduk berhadapan dgn ku...

tanpa amaran tanpa angin tanpa bunyi tiba-tiba sebiji durian telah mendarat dengan jayanya di antara telunjuk dan ibu jari..(ya bayangkan korang pegang bijik durian sambil menunjuk kearah org yang dihadapan korang.. hmm tangan aku mengiring la jugak) perghhhhhhh...

aku terlalu terkejut dan terpaku untuk beberapa saat.. durian jatuh betul2 antara aku dan Opahku.. malang tidak berbau.. diantara Opahku dan aku hanya ade tangan aku sambil memegang bijik durian yang licin. dan bijik durian pun terjatuh ke tanah bersama durian yang baru gugur tadi...

Beberapa saat kemudian barulah sakit menjalar hingga ke siku... Menjerit aku tanpa dipaksa. meraung macam ornag gila...

Dengan pantas Opahku membawa aku yang sedang teresak menangis ke rumah di sapukankan ubat gamat dan membalut tangan aku dengan perca kain berwarna ungu. ya warna ungu aku masih ingat. kain licin dari ebihan baju kurung adikku..

sebelum tangan ku dibalut aku sudah melihat tanganku kebiruan urat2 jelas timbul. darah tidak henti2 menitis..

sakitnye.. Ya Allah.... Allah je yang tahu...

aku tertidur.. dekat seminggu baru sembuh.. fuhhh

namun setiap kali aku memandang tanganku masih terdapat parut durian ditangan. walaupun tidak ketara namun masih terpahat memori ini..

 Memori durian jatuh diatas tangan namun itu tidak mematahkan semangat aku untuk menjadi hantu durian hingga ke hari ini... hehehe

sekian dulu


No comments:

Post a Comment