Showing posts with label sekolah rendah. Show all posts
Showing posts with label sekolah rendah. Show all posts

27 February 2013

Selamat Hari Lahir yang ke 3 buat Adam Rayyan


Assalamualaikum wbt..

Hari ini 27.02.2013 maka genaplah umur Adam Rayyan 3 Tahun dan sudah  3 tahun jualah sahabatku encik hairul menjadi seorang bapa mithali


Aku masih ingat lagi 3 tahun lepas selepas Rayyan dilahirkan aku dan bapanya pergi ke pejabat pendaftaran negara untuk membuat surat beranak atau mykid. Masa tu aku masih lagi menjadi penganggur tegar di kampung halaman.

Adam Rayyan terpaksa di tahan di wad kerana ada masalah kesihatan dan Alhamdulillah beliau keluar setelah beberapa ketika. Sewaktu aku melihat wajah2 Adam Rayyan di telepon sahabatku mukanya mirip ke arah bapanya bermata sepet.. berketurunan banjar.. iras wajah ibu rayyan masih terdapat pada wajah Rayyan.

Adam Rayyan membesar di kampung kerana ibunya bekerja di hospital di pekan berhampiran. Sahabatku jua tinggal di kampung  untuk memudahkan urusan..

Ketika berumur hampir setahun barulah Adam Rayyan melihat aku. Hasrat untuk mengambil dan mendukung rayyan seperti kanak2 lain tidak kesampaian apabila beliau terus sahaja menangis melihat wajahku.. Aku fikir mungkin di kala kecil sahaja namun sehingga kini Rayyan masih berlari dan menyorok jika ternampak aku seperti melihat sosok sosok ghaib kata warga indonesia.. aku langsung tidak berkecil hati kerana aku tahu mukaku dan lagakgu mcm seorang pengganas apatah lagi dengan janggut n jambang menghiasi wajahku. sehingga ada sahaja org mengganggar umurku 40 tahun suatu ketika dahulu..

Masih teringat zaman kecilku, adikku yang muda setahun daripadaku mempunyai tarikh lahir yang hampir sama denganku. maka ibuku akan menyambut hari lahirku dan adikku serentak.. selalunya dihujung minggu. ibuku akan pulang ke kampung dan membeli kek yang besar dan lilin-lilin kecil untuk dihias atas permukaan kek.. gula-gula yang berpeket-peket dan dibungkus kecil2 untuk diberikan kepada kanak2 di kawasan kejirananku. Ibuku akan menjemput jiran2 yang berhampiran dengan rumahku.

opah dan ibuku akan memasak bihun atau mee goreng sebagai juadah untuk para  hadirin  yang hadir. Tidaklah ramai siap berkhemah2 hanya ibu2 dan anak kecil sahaja untuk meraikan hari lahir adikku dan aku..

Lilin2 di tegakkan diatas kek. diatas kek terdapat ucapan "selamat hari jadi Along dan Ain". bila semua lilin dah dinyalakan maka dgn riang gembira jiran2 dan ibuku akan menyanyikan lagu

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi along...

selamat hari jadi...

selesai menyanyi ibuku akan mengambil gambarku dan adikku dihadapan lilin. masih segar diingatan betapa gembiranya aku sambil tersenyum riang dihadapan kek.. hehehe.. Tapi topi2 xdela.. normal je.. suke2..

adegan meniup lilin akan diulang sebanyak dua kali. kali pertama giliran aku. selesai aku tiup, adikku pula akan tiup lilin tetapi sebatang lilin dah pun di cabut. ibuku mencabot lilin2 dan aku dan adikku akan same2 memegang pisau dan bergaya untuk memotong kek bersama-sama sambil ibuku menangkap gambar.. hanya itu sudah mencukupi aku amat gembira dapat memotong kek bersama adikku dan bersama opah dan ibuku..

 walau pun mase itu masih belum cukup mengerti apakah itu hari lahir.. seingat2 aku tiada hadiah untuk hari lahir. cuma kek dan gula2. namun aku tidak pernah merungut kerana aku agak malu kerana jiran2ku yang lain jarang2 sekali nk buat majlis sebegini untuk hari lahir.. rase2 aku memg tak penah pergi majlis hari jadi jiran2 aku. tapi taktau la plak kalau  aku memang tidak dijemput. hahahaa. tapi yelah citer ni zaman 90an ye..

cerita disekolah rendah pula agak berlainan. Jarang sambut majlis hari lahir di rumah.. tapi ibuku buat terus disekolah.. ibuku akan mengambil cuti dan pulang dikampung semata untuk menyambut hari lahirku disekolah.. ibuku akan berpakat dgn guru kelasku untuk menggunakan waktu rehat sebagai waktu menyambut hari lahirku.. kaedahnya sama.. gula2 yang banyak akan dipeketkan kecil2 dan di stapler dan diagih2kan kepada seluruh kelas..

 untungla sape yang sekelas dgn aku.. kek dapat gula2 pun dapat.. huhu.. dan kala ini terasa betapa hangatnya kasih ibu kepada anaknya.. memang benar ibuku tidak mempunyai masa yang banyak bersamaku kerana bekerja di bandar. namun ibu sanggup bersusah payah menyukakan aku di hari lahir ku terima kasih ibu.. SEmoga Allah melimpahi rahmahnya ke atas mu dan aku sentiasa mendoakan ibu baik baik selalu...

kisah menyambut hari lahir terhenti ketika aku bersekolah di asrama penuh kerajaan negeri.. jarak yang hampir2 300km membuatkan terlalu jauh buat ibu untuk menjengukku di sekolah apatah lagi di hari biasa.. namun setelah aku bersekolah harian berhampiran dgn kampungku. sekali lagi ibuku menghantar kek terus ke kelasku melalui adikku.. ya. ibuku tidak pernah sekali2 melupakan hari lahirku sehingga ke hari ini..  walaupun sudah menghampiri Spm dikala itu aku tidak segan dilakukan begitu kerana aku tahu ibu sayangkan aku. dan aku berbangga kerana ibu selalu ingat hari lahirku..

08 February 2013

kisah di sekolah rendah 1

Selesai sahaja sekolah tadika.. aku dimasukkan ke sekolah rendah dikampung.. memasuki kelas 1 Melati seronok ketika itu kerana aku kenal ramai diantara kawan2 ku kerana mereka bersekolah tadika bersama2 ku setahun yang lepas.. ditempatkan di tengah2 kelas aku berkenalan dengan seornag sahabat baru..

Abdul Rahim.. begitulah namanya yang aku remember sampai sekarang... hahaha baru seminggu lepas aku bertemu Rahim berniaga di pasar tani membantu orang tua beliau berniaga sayur. Alhamdulillah dia semakin sihat.. duduk di kampung boleh berehat2 sambil melihat orang tua. berbakti pada orang tua.. taklama lagi dia akan mengetake over bisnes ayahnya.. untuk berkhidmat untuk org kampung membekal sayur2 sayuran yang segar setiap hari.. Semoga Allah memberkati beliau.. mudah mudahan..

bali kepada cite dalam kelas tadik.. guru kelas pun masuk.. Name beliau puan rahmah.. baru je bernikah.. cantik sungguh ciku rahmah waktu itu.. yela zaman muda.. aku suka melihat cikgu ku tersenyum untuk mengurangkan rinduku pada ibu..  Cikgu memanggil seorang demi seorang untuk memperkenalkan diri.. tiba sahaje giliran aku.. aku menjadi cuak bukan kepalang.. huhu.

"ok. beritahu kelas ape name kamu. siap name ayah dan ibu dan cita2 bila dah besar nanti" kata Cikgu Rahmah


Dengan selamber aku meberitahu kelasku..

"Saya Along, nama ayah saya Omar, mak saya Bedah (name samaran)".

ketika itu cikgu memelukku dan berkata. "nama penuhlah sayang itu name pangggilan.. " lembut cikgu menegurku..

aku masih terdiam menunduk ke lantai...

lalu cikgu pun memberi tahu nama kamu XXXXXX.. hehe rahsier jugakla.. nanti2 kawe gitaula..

baru aku tersenuyum memperlihat gigi susuku yang tersusun rapi...