Kisah berkenalan dengan anak orang 2
Selepas beberapa ketika aku menyambung
perbualan dgn menyatakan yang aku ingin mengambil nombor telefonnya
dan sama sekali aku tidak menyangka dia terus memberikan nombor
telefonnya kepada aku. Dengan pantas aku simpan dalam telefon
bimbitku. hanya simpan dan takdela terus miskol. nanti nampak pulak
mcm bersungguh nak mengorat.
Maka keesokan paginya aku menghantar
satu pesanan ringkas selamat pagi kepada beliau dengan waktu yang
singkat dia membalas mesejku. Dari pagi itu sampailah ke ptg nye..
dari ptg sampai ke malam.. bermula episod berbalas mesej. Ada suatu
ketika dia menceritakan dia sedang menyiapkan gubahan hantaran untuk
sahabatnya. Lima gubahan yang dia siapkan untuk sahabatnya itu.
Menurutnya lagi dia buat semua itu hanya untuk menolong kawannya yang
akan bertunang pada hujung minggu tersebut. Aku kagum juga dalam
kesibukannya bekerja sehari-hari sempat jua dia mebuat hantaran yang
mengambil masa itu. Kreatif juga minahni dalam fikiran ku pada waktu
itu. Dan dia dengan senag hati mengoffer khidmatnya untuk menggubah
hantranku jika aku ingin bertunang atau bernikah suatu hari nanti.
Aku rasa sungguh bertuah bilamana ada
orang yang mahu membantu aku untuk menyiapkan gubahan hantaran
pertunangan tanpa diminta. Pernah suatu ketika dahulu ketika aku
melepaskan jawatan di sebuah syarikat aku menjadi rakan kongsi kepada
rakanku membuka perniagaan khidmat gubahan dan hantaran. Tapi tidak
kekal lama kerana org yang berunding masih bekerja dan terus terang
aku katakan aku hanya membuat marketing di internet dan juru runding
adalah kakak beliau dan rakan ku sendiri menjadi penggubahnya.
Rakanku ini adalah seorg lelaki normal namun sentuhannya memg kreatif
dan pelanggan sgt berpuas hati. Sehingga kini laman web mengenai
hantran dan gubahan ini masih aktif tetapi tiada update dilakukan.
Bersambung cerita dgn si dia aku
membalas dgn bertanyakan sekali lagi. Betul ke nak buat hantaran
untuk aku. Jika benar maka takdelah saspen nanti. Beliau pun bertanya
dengan pantas “kenapa tak saspen pulak..” lantas aku pun berkata
“ memangla tak saspen sebab nanti aku nak hantar dekat kau jugak”..
lebih dari sepuluh minit berlalu dan
mesej pun sampai.. “ adakah benar mesej yang aku bace ni”
aku pun tetibe nebes dan untuk elak
situasi menjadi awkward lagi aku pun balas “memain jelah”
lame dia terdiam wow.. adakah aku telah
melukakan hatinya tanpa aku sedari? Aku pun menghantar satu lagi
pesanan ringkas “lega?”
tak lama kemudian dia pun membalas jika
benar apa yang aku katakan dia ingin saja memberitahu kepada ayahanda
beliau kerana beliau adalah puteri kepada ayahandanya..
Ya aku kaget.. adakah dia ini juga
serius.. “berikan masa untuk aku melakukan istikharah cinta” aku
membalas untuk menyatakan aku setuju untuk mempertimbangkan semula
gurauan yang sebenarnya tak berapa nk bergurau. Dan Alhamdulillah dia
pun bersetuju. Aku lakukan untuk mengetahui perasaanya terhadapku
pada waktu itu. Jika benar jodoh ku bersamamu kau tetap akan menjadi
milikku.
Dalam waktu itu aku masih lagi berbalas
sms seperti biasa tetapi langsung tidak menyentuh mengenai soal jodoh
dan segala bagai. Sehinggalah beliau memberitahu yang dia akan ke
luarnegara atas urusan kerja syarikatnya di vietnam. Lame tak lame. 5
hari juga. Dalam masa yang sama aku beristikharah untuk si dia dan si
B. Mencari petunjuk dan keredhaan Ilahi dalam memilih jodoh yang
sesuai buat diri aku. Walaupun di vietnam aku hanya berhubung melaui
rangkaian sosial yang ada. Alhamdulillah dia juga melakukan
istikharah untuk jodohnya. Awal Disember lalu dia kembali ketanah
air. Banyak juga cerita yang dia sampaikan kepada aku namun aku tak
berapa nak ingat kerana aku lebih fokus kepada projek baru ku yang
bertempat di Port Dickson ketika itu untuk sebulan.
Di Port Dickson aku menyewa di sebuah
aprtmen di bulatan port dickson. Tingkat dua belas. 2 bilik bersama
beberapa org pekerja. Tika tu aku dpat kerja-kerja mengecat dalam kem
askar di pusat latihan asas tentera darat di sana. Banyak kenangan
yang tempuh di port dickson ni.
No comments:
Post a Comment